2013-01-20

CABARAN UTAMA KAMPUNG PERANGINAN KUALA PINTASAN KOTA BELUD



PENGENALAN

            Kampung Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud merupakan kampung baru abad ke 21 yang berkonsepkan kampung pelancungan . Kampung ini terletak 15 kilometer Utara Kota Belud dan kira-kira 100 kilometer dari ibu negeri , Kota Kinabalu.
            Penduduk Kampung Peranginan Kuala Pintasan terdiri dari suku kaum SAMA, Dusun dan Irranun  membentuk 180 buah keluarga . Luas kampung tersebut  adalah 200 ekar dan terbahagi kepada 7 blok  iaitu blok A, B, C, D, E, F dan G.

SEJARAH KAMPUNG

            Kewujudan Kampung Peranginan Kuala Pintasan bermula pada tahun 1986 apabila  Encik Saibeh Haji Mansor dan Encik Sukoy Bin Dahi  mula meneroka kawasan tersebut. Pada ketika itu kawasan  tersebut masih lagi berstatus  Padang Ragut Kota Belud                         ( Rowc.62/55/30-off 23-1-56 ) dan  DOKB. 14/55/41 of 50-1-56 )

            Apabila kawasan  Padang Ragut Kota Belud dibahagi kepada lima kawasan pada tahun 1986 ialah :-
-      Kawasan Padang Ragut Kampung Taun Gusi
-      Kawasan Padang Ragut Kampung Labuan
-      Kawasan Padang Ragut Kampung Wakap
-      Kawasan Padang Ragut Kampung  Merabau
-      Kawasan Padang Ragut Kampung Tamau
Kawasan Kampung Peranginan Kuala Pintasan termasuk di dalam kawasan Padang Ragut Kampung Wakap.

            Pada tahun 1991, sekali lagi kawasan  Padang Ragut  kelima-lima kampung disemak semula dan dibahagikan kepada kawasan-kawasan baru. Kawasan baru ini telah diwartakan melalui no. G.N. 376-91 ( P.03125581 & 05124490 ) 
1.     Kampung Pintasan Reserve
2.    Kampung Tamau Reserve
3.    Kampung Tawadakan Reserve
4.    Kampung Wakap Reserve
5.    Kampung Labuan Reserve
6.    Kampung Lok Yul
7.    Kampung Kayu Putih
8.    Taman Pantai Pintasan
9.  Padang Ragut Gunasama Kg Wakap, Kg Labuan dan Kg Taun Gusi ( Kini dibangun sebagai Projek Agropolitan )
10.  Kawasan Padang Ragut Kampung Taun Gusi seluas 1000 ekar telah dianugerahkan kepada Syarikat Aquibo Sdn Bhd. ( Kini jadi kawasan misteri )
11.      Kawasan seluas 200 ekar dari kawasan Padang Ragut Kg Wakap telah dianugerahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk kegunaan Lapang Sasar. ( Kini telah dikembalikan kepada Kerajaan Negeri dalam proses permohonan Kampung Peranginan Kuala Pintasan juga akan dianugerahkan kepada SEDIA dan Yayasan Sabah )
12.  100 ekar daripada kawasan Padang Ragut Kampung Taun Gusi telah dianugerahkan kepada individu Kota Belud ( Kini dijual kepada Syarikat Bukan Bumiputera )
Pada masa tersebut, kawasan Kampung Peranginan Kuala Pintasan terletak di dalam kawasan Lapang Sasar ATM. Pada tahun 2010, ATM telah memulangkan kembali kawasan Lapang Sasar seluas 200 ekar tersebut kepada Kerajaan Negeri Sabah. Secara automatiknya kawasan tersebut menjadi “state land ”. Dengan itu peluang untuk kewujudan Kampung Peranginan telah menjadi lebih cerah.
            Pada 05.03.2012, Encik Saibeh Hj Mansor selaku Pengerusi Kampung Peranginan Kuala Pintasan mengemukakan permohonan secara rasmi Kampung Peranginan Kuala Pintasan kepada PPHT, Kota Belud. Permohonan ditolak melalui surat PPHT(KB):200-4/150/14 dengan alas an kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada SEDIA dan Yayasan Sabah.
            Sebelum itu, Encik Saibeh telah mengemukakan permohonan tanah seluas 100 ekar untuk tujuan pertanian dan pelancungan ( 1995 dan 2007 ). Selaku Pengerusi Jawatan kuasa Kampung,  pihak jawatankuasa telah mengemukakan dua pucuk surat rayuan kepada Ketua Menteri Sabah. Surat-surat tersebut talah dipanjangkan kepada Jabatan Hasil Bumi Kota Kinabalu dan malangnya  belum ada apa-apa tindakan sehingga ke hari ini.
            Peneroka-peneroka juga telah mengemukakan permohonan tanah secara individu (180 orang pemohon). Walau bagaimanapun, borang-borang berkenaan telah dikembalikan dengan alasan kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada SEDIA. Nama Yayasan Sabah tidak lagi disebut.

CABARAN

Ada beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian oleh para peneroka Kampung Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud iaitu :- 

PERTAMA : Kelulusan Kampung Peranginan Kuala Pintasan daripada pihak yang berwajib. Permohonan kampung telak ditolak PPHT Kota Belud. Surat rayuan kepada Ketua Menteri Sabah belum ada jawapannya.

KEDUA : Saliran pembuangan air yang bertakung semasa hujan. Blok D, E dan F dibanjiri air apabila hujan lebat terutama  musim tengkujuh. Jalan utama dan jalan-jalan di blok D, E dan F menjadi becak/lumpur dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

KETIGA : Permastautin – ada beberapa peneroka tidak bermastautin di kampung tersebut. Mereka membiarkan rumah dan kawasan dipenuhi semak samun sehingga membebankan rakan-rakan peneroka yang lain.

KEEMPAT : Keselamatan – peneroka tidak memagar kawasan mereka. Akibatnya binatang ternakan  ( sapi dan kerbau ) masuk dan merosakkan tanaman . selain itu, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri hartabenda dan tanaman yang ditinggalkan.
KELIMA : Kebakaran – para peneroka mengambil mudah membersihkan kawasan mereka dengan membakar sampah dan semak samun secara terbuka. Api  amat cepat merebak dan tidak terkawal.

KEENAM : Peneroka terikut-ikut – peneroka ini terikut-ikut dan berniat mengambil tanah sahaja bukan meneroka kampung.  Peneroka sedemikian akan menjadi beban kepada peneroka yang lain.

KETUJUH : Perpaduan dan kerjasama – menyatupadukan  peneroka yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama melalui misi dan visi yang jelas dan melestarikan pembangunan Kampung Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud , “ Bersatu Teguh Bercerai Roboh”


KESIMPULAN
Adalah diharapkan pada Persidangan Meja Bulat ini para peserta akan dapat mencari /mencadangkan  cara-cara bagaimana menangani cabaran-cabaran Kampung Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud  ditangani bersama-sama seperti pepatah Melayu “Berat sama dipikul,ringgan sama dijinjing”,” Gunung sama didaki,lurah sama dituruni “, “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”, jangan sampai  “ seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing “. Biarlah kita “ seperti aur dengan tebing “.

“ Kampung Kita Tanggungjawab Kita “. 

2 comments:

  1. Lantas dakwa 364 hektar tanah miliki geran atas nama perseorangan, syarikat


    KOTA BELUD: Jawatankuasa Bertin-dak Tanah Rezab Padang Ragut Kuala Pintasan–Kampung Labuan (Lantas) pada Jumaat membuat laporan polis mendakwa 364 hektar tanah Rizab Padang Ragut Kuala Pintasan, di sini memiliki geran atas nama orang perseorangan dan syarikat tertentu.

    Pengerusinya, Asang Lantuhun berkata, maklumat itu diperoleh menerusi laporan akhbar Berita Harian Edisi Sabah dan Sarawak bertajuk ‘Projek Agropolitan Kota Belud Berdepan Masalah Ta-pak’berikutan seluas 364 hektar Tanah Rizab Padang Ragut yang bakal dimajukan untuk projek membasmi kemiskinan tegar itu sudah memiliki geran.

    Katanya, Ketua Kampung Labuan, Merajin Hussin dan Ketua Kampung Wakap, Ogong Suntoh selaku dua daripada lima Pemegang Amanah Tanah Rizab Padang Ragut Kuala Pintasan tidak pernah tahu, dirunding, diminta persetujuan atau menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan dalam meluluskan permohonan ke atas kawasan berkenaan.

    Beliau berkata, begitu juga dengan Ketua Kampung terdahulu iaitu Datu Has-san Datu Putar dan Matnor Datu Putar (Kampung Labuan) serta Diman Taop (Kampung Wakap).

    “Sepanjang pengetahuan saya juga, kelima-lima Ketua Kampung iaitu Labuan, Wakap, Taun Gusi, Merabau dan Tamau selaku Pemegang Amanah Tanah Reiab Padang Ragut Kuala Pintasan hanya sekali sahaja menurunkan tandatangan persetujuan membenarkan Syarikat Aquabio Sdn Bhd untuk tujuan menjalankan projek Ternakan Udang di atas tapak seluas 32 hektar sahaja pada pertengahan 1980-an.

    “Kami penduduk Kampung Labuan dan Wakap masing-masing mempunyai hak ke atas tanah Rezab Padang Ragut Kuala Pintasan seluas 432 hektar bagi setiap satu kampung yang dikurniakan Kerajaan Borneo Utara pada 1956 untuk penternakan dan diperakui Kerajaan Sabah sehingga sekarang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

    Keluasan keseluruhan tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan adalah 2,160 hektar.

    Terdahulu Asang yang juga Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Kota Belud bersama pemimpin Lantas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, di sini pada Jumaat.

    Projek Agropolitan Kota Belud di Kuala Pintasan dan Kampung Rosok/Su-run memfokuskan penanaman getah dan penternakan lembu tenusu serta pedaging bernilai RM70juta di tapak seluas 800 hektar yang akan dilaksanakan tahun ini.

    Kerja awal pengukuran primeter dan kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) akan dibuat dalam tempoh terdekat. Mengikut laporan Berita Harian pada 27 Mei lalu, Projek Agropolitan Kota Belud berdepan masalah tapak berikutan seluas 364 hektar tanah rizab padang ragut yang bakal dimajukan untuk projek membasmi kemiskinan tegar itu sudah memiliki geran atas nama individu tertentu.

    Jurucakap Pejabat Daerah Kota Belud yang enggan namanya disiarkan berkata, mengikut Ordinan Tanah Sabah, tapak berkenaan tidak boleh dipindah milik sebaliknya kekal status sebagai padang ragut termasuk untuk projek lembu pedaging dan tenusu serta kambing.

    “Kita akan berunding dengan individu terbabit untuk melucutkan haknya me-ngikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan Ordinan Tanah Sabah dan berharap beliau akur dengan ketetapan Ordinan itu,” katanya.


    By :

    New Sabah Times

    ReplyDelete
  2. sedih nya..pirman Allah dalam alquran, "kelak harta yang kamu kumpulkan itu akan dikalungkan dileher kamu, ketika dipadang mashyar" kumpul harta banyak2, lupa nak bahagi2 kepada orang yg.amat memerlukannya..hahaha..aku cuma nak berkebun meski selalu jatuh bangun.

    ReplyDelete