PENGENALAN
Kampung Peranginan Kuala Pintasan
Kota Belud merupakan kampung baru abad ke 21 yang berkonsepkan kampung
pelancungan . Kampung ini terletak 15 kilometer Utara Kota Belud dan kira-kira
100 kilometer dari ibu negeri , Kota Kinabalu.
Penduduk Kampung Peranginan Kuala
Pintasan terdiri dari suku kaum SAMA, Dusun dan Irranun membentuk 180 buah keluarga . Luas kampung
tersebut adalah 200 ekar dan terbahagi
kepada 7 blok iaitu blok A, B, C, D, E,
F dan G.
SEJARAH
KAMPUNG
Kewujudan Kampung Peranginan Kuala
Pintasan bermula pada tahun 1986 apabila Encik Saibeh Haji Mansor dan Encik Sukoy Bin
Dahi mula meneroka kawasan tersebut.
Pada ketika itu kawasan tersebut masih
lagi berstatus Padang Ragut Kota Belud ( Rowc.62/55/30-off
23-1-56 ) dan DOKB. 14/55/41 of 50-1-56
)
Apabila kawasan Padang Ragut Kota Belud dibahagi kepada lima
kawasan pada tahun 1986 ialah :-
-
Kawasan
Padang Ragut Kampung Taun Gusi
-
Kawasan
Padang Ragut Kampung Labuan
-
Kawasan
Padang Ragut Kampung Wakap
-
Kawasan
Padang Ragut Kampung Merabau
-
Kawasan
Padang Ragut Kampung Tamau
Kawasan
Kampung Peranginan Kuala Pintasan termasuk di dalam kawasan Padang Ragut
Kampung Wakap.
Pada tahun 1991, sekali lagi kawasan Padang Ragut
kelima-lima kampung disemak semula dan dibahagikan kepada
kawasan-kawasan baru. Kawasan baru ini telah diwartakan melalui no.
G.N. 376-91 ( P.03125581 & 05124490 )
1. Kampung Pintasan Reserve
2. Kampung Tamau Reserve
3. Kampung Tawadakan Reserve
4. Kampung Wakap Reserve
5. Kampung Labuan Reserve
6. Kampung Lok Yul
7. Kampung Kayu Putih
8. Taman Pantai Pintasan
9. Padang Ragut Gunasama Kg Wakap, Kg Labuan
dan Kg Taun Gusi ( Kini dibangun sebagai Projek Agropolitan )
10. Kawasan Padang Ragut Kampung Taun Gusi
seluas 1000 ekar telah dianugerahkan kepada Syarikat Aquibo Sdn Bhd. (
Kini jadi kawasan misteri )
11. Kawasan seluas 200 ekar dari kawasan Padang
Ragut Kg Wakap telah dianugerahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk
kegunaan Lapang Sasar. ( Kini telah dikembalikan kepada Kerajaan
Negeri dalam proses permohonan Kampung Peranginan Kuala Pintasan juga akan
dianugerahkan kepada SEDIA dan Yayasan Sabah )
12. 100 ekar daripada kawasan Padang Ragut
Kampung Taun Gusi telah dianugerahkan kepada individu Kota Belud (
Kini dijual kepada Syarikat Bukan Bumiputera )
Pada masa tersebut, kawasan Kampung
Peranginan Kuala Pintasan terletak di dalam kawasan Lapang Sasar ATM. Pada
tahun 2010, ATM telah memulangkan kembali kawasan Lapang Sasar seluas 200 ekar
tersebut kepada Kerajaan Negeri Sabah. Secara automatiknya kawasan tersebut
menjadi “state land ”. Dengan itu
peluang untuk kewujudan Kampung Peranginan telah menjadi lebih cerah.
Pada 05.03.2012, Encik Saibeh
Hj Mansor selaku Pengerusi Kampung Peranginan Kuala Pintasan mengemukakan
permohonan secara rasmi Kampung Peranginan Kuala Pintasan kepada PPHT, Kota
Belud. Permohonan ditolak melalui surat PPHT(KB):200-4/150/14 dengan
alas an kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada SEDIA dan Yayasan Sabah.
Sebelum itu, Encik Saibeh telah
mengemukakan permohonan tanah seluas 100 ekar untuk tujuan pertanian dan
pelancungan ( 1995 dan 2007 ). Selaku Pengerusi Jawatan kuasa Kampung, pihak jawatankuasa telah mengemukakan dua
pucuk surat rayuan kepada Ketua Menteri Sabah. Surat-surat tersebut talah
dipanjangkan kepada Jabatan Hasil Bumi Kota Kinabalu dan malangnya belum ada apa-apa tindakan sehingga ke hari
ini.
Peneroka-peneroka juga telah
mengemukakan permohonan tanah secara individu (180 orang pemohon). Walau
bagaimanapun, borang-borang berkenaan telah dikembalikan dengan alasan kawasan
tersebut telah diperuntukkan kepada SEDIA. Nama Yayasan Sabah tidak lagi
disebut.
CABARAN
Ada
beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian oleh para peneroka Kampung
Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud iaitu :-
PERTAMA : Kelulusan
Kampung Peranginan Kuala Pintasan daripada pihak yang berwajib. Permohonan
kampung telak ditolak PPHT Kota Belud. Surat rayuan kepada Ketua Menteri Sabah
belum ada jawapannya.
KEDUA : Saliran pembuangan air yang bertakung
semasa hujan. Blok D, E dan F dibanjiri air apabila hujan lebat terutama musim tengkujuh. Jalan utama dan jalan-jalan
di blok D, E dan F menjadi becak/lumpur dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
KETIGA : Permastautin – ada beberapa peneroka
tidak bermastautin di kampung tersebut. Mereka membiarkan rumah dan kawasan
dipenuhi semak samun sehingga membebankan rakan-rakan peneroka yang lain.
KEEMPAT : Keselamatan – peneroka tidak memagar
kawasan mereka. Akibatnya binatang ternakan
( sapi dan kerbau ) masuk dan merosakkan tanaman . selain itu,
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri hartabenda
dan tanaman yang ditinggalkan.
KELIMA : Kebakaran – para peneroka mengambil
mudah membersihkan kawasan mereka dengan membakar sampah dan semak samun secara
terbuka. Api amat cepat merebak dan
tidak terkawal.
KEENAM : Peneroka terikut-ikut – peneroka ini
terikut-ikut dan berniat mengambil tanah sahaja bukan meneroka kampung. Peneroka sedemikian akan menjadi beban kepada
peneroka yang lain.
KETUJUH : Perpaduan dan kerjasama –
menyatupadukan peneroka yang terdiri
dari berbilang bangsa dan agama melalui misi dan visi yang jelas dan
melestarikan pembangunan Kampung Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud , “
Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
KESIMPULAN
Adalah
diharapkan pada Persidangan Meja Bulat ini para peserta akan dapat mencari
/mencadangkan cara-cara bagaimana
menangani cabaran-cabaran Kampung Peranginan Kuala Pintasan Kota Belud ditangani bersama-sama seperti pepatah Melayu
“Berat sama dipikul,ringgan sama dijinjing”,” Gunung sama didaki,lurah sama
dituruni “, “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”, jangan
sampai “ seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing “. Biarlah kita “ seperti aur dengan tebing “.
“ Kampung Kita Tanggungjawab Kita “.