2010-07-14

IKAN GABUS/ IKAN HARUAN


Sejak turun-temurun, ikan haruan telah terkenal sebagai sumber makanan dengan pelbagai khasiat kesihatan yang tidak dapat disangkal lagi. Mempunyai nama saintifik Channa striatus, hidupan air tawar itu menjadi makanan yang sangat popular terutama dari kalangan penduduk Asia.
Antara khasiat kesihatannya adalah seperti mampu menyembuhkan luka, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan serta baik untuk ibu bersalin.

Kandungan asid amino dan lemak daripada ikan itu pula baik untuk memulihkan parut luka dengan lebih cepat serta sesuai merawat gastrik.

Di samping itu, ia turut mengandungi vitamin A yang berupaya meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi bahan anti oksida bagi fungsi melambatkan proses penuaan.

Khasiat lainnya adalah seperti asid arasidonik untuk membantu pertumbuhan sel-sel baru serta kolagen bagi pengekalan kulit muda.

Di negara kita, sumber makanan itu kebiasaannya diperolehi dalam bentuk produk pati ikan haruan yang banyak terdapat di pasaran.

Namun, bagi sesetengah individu, mereka mungkin sukar untuk meminum pati tersebut kerana rasa dan baunya yang kurang digemari.

Ini kerana, di dalam isi ikan tersebut terdapat sejenis bahan yang diberi nama Glycine iaitu sebahagian daripada komponen kolagen dalam sel kulit manusia.

Bahan ini akan bertindak mempercepatkan percantuman kulit yang terluka dan seterusnya membentuk sel baru.


Rujukan Kajian Saintifik

Kajian saintifik ikan haruan ini dilakukan oleh Prof. Saringat Hj. Baei dari Universiti Sains Malaysia (USM) . Ia mengandungi kolagen yang tinggi dan ia terbukti berkesan untuk penyembuhan pantas luka dalaman seperti selepas bersalin, pembedahan, kemalangan, berkhatan, ulser, gastrik & kecantikan kulit.

Pelbagai Asid Keperluan Manusia

Asid Amino untuk ulser dalam perut.
Asid Arakidonik untuk perkembangan dan pertumbuhan sel baru.
Asid Oleik & Linolik tak tepu (Lendir) adalah komponen utama lipid sepenuhnya.
Asid Aspartik & Glutamik (Glisin) penting untuk pembentukan molekul protein bagi pertumbuhan semula dan penyembuhan luka.

Kolagen
Tinggi kandungan untuk membantu kecantikan kulit serta anti kedut.

No comments:

Post a Comment