2010-09-28

PEMOHONAN TERBUKA UNTUK MENGHASILKAN

PEMOHONAN TERBUKA UNTUK MENGHASILKAN
KERTAS CADANGAN
PROJEK PENTERNAKAN LEMBU (TERNAKAN JALANAN) DAN
PELANCONGAN TERNAKAN
DI KOTA BELUD , SABAH




KEPADA ,
YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN,
AHLI PARLIMEN P169 KOTA BELUD
SABAH.



Draft Cadangan;
Jupikely James Silip
Universiti Malaysia Sabah (UMS)


DRAFT CADANGAN PROJEK PENTERNAKAN LEMBU DAN PELANCONGAN TERNAKAN DI KOTA BELUD, SABAH
JUPIKELY JAMES SILIP
Agric.Cert.(IPSabah), Dip. K.H.P., Bsc.,Ms. Agric. Sc. (UPM)
Tim. Dekan, Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah.
Tel: 088-320000 Ext. 5640, 019-8823023. E-mail: silip@ums.edu.my


1.0 PENGENALAN


Daerah Kota Belud (KB) adalah sinonim dengan nama jolokan pekan ‘couboy’. Nama jolokan, kerana setiap tahun di adakan perarakan kuda berhias. Malahan di sesetengah kampung perkahwinan tidak sah jika tidak diiringi dengankuda berhias ini. Daerah KB juga terkenal dengan ternakan lembu jalanan. Sistem penternakan extensif yang terpaksa dijalanakan oleh orang kampung kerana minat yang mendalam dalam penternakan dan ruang ragut yang kian kecil. KB juga terkenal dengan adat ternakan. Sebagai contoh jika ternakan mati dilanggar di jalan raya maka pelanggar tersebut wajib membayar ternakan tersebut. Oleh itu, pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan untuk melintasi kampung dan secara langsung memperlahankan pergerakan lalu lintas. Minat penternakan dikalangan penduduk kampung di KB kini menunjukkan kemajuan. KB memang terkenal dengan aktiviti menunggang burung unta. Di tempat yang lain pula sudah ada penduduk yang menjadikan penternakan lembu tenusu sebagai sumber pendapatannya.

Daripada fakta di atas menunjukkan bahawa industri penternakan di KB mempunyai kelebihan dan berpotensi untuk dimajukan. Walaubagaimanapun pendekatan pelaksanaan projek pembangunan ini perlulah dirancang dengan baik. Pihak Kerajaan wajar menentukan polisinya untuk membantu pihak berminat untuk mencorakkan aktiviti turun-temurun penternakan di daerah ini. Adunan aktiviti konvensional perlulah disuntik dengan kaedah kontemperori pengurusan penternakan.


Apabila kemajuan ditunjukkan dalam projek penternakan lembu pedaging, maka wajarlah ditambah nilai dengan menjadikan sumber yang ada digunakan sepenuhnya. Oleh itu, Projek ini akhirnya akan diberjalan berdasarkan konsep pelancongan ternakan. Untuk konsep pelancongan ini, Kuda padi yang banyak di KB akan dijalankan sebagai kekuatan atau imej pelancongannya. Pelbagai pakej pelancongan akan diperkenalkan seperti perkemahan berkuda dan merentasi Daerah KB dengan menunggang kuda. Pada masa yang sama KB boleh menjadi pusat aktiviti berkuda Negeri Sabah yang terkenal di Malaysia dan Dunia.

Oleh itu, cadangan ini akan memberikan idea awal untuk membolehkan projek ini berjalan.

2.0 KEPENTINGAN DAN KESAN PELAKSANAAN PROJEK INI KEPADA MASYARAKAT DAERAH KOTA BELUD
Beberapa kepentingan dan kesan pelaksanaan projek ini kepada mesyarakat KB iaitu:

2.1 Imej KB sebagi pekan Kuda dicerminkan dengan kemajuan pelancongan ternakan. Banyak pelancong akan dating ke KB untuk melihat dan mencuba pakej pelancongan ternakan yang unik. Malahan industry sukan ternakan seperti sukan berkuda dunia tidak mustahil akan dijalankan di daerah ini suatu hari nanti.
2.2 Banyak sumber pekerjaan baru kepada penduduknya akan terjana. Penduduk yang menjadikan ternakan kudanya sebagai minat sahaja akan menjadi salah satu sumber pendapatan yang menguntungkan. Banyak pembantu pelancongan akan diperlukan. Hotel lima bintang mesti diperlukan. Industri hiliran lain adalah seperti kraftangan pelancongan dan industry makanan ternakan itu sendiri.
2.3 Masalah lembu jalanan akan dikurangkan atau dihapuskan. Ternakan akan dibeli oleh industry dan dijaga dan dikembangbaikkan di satu tempat khas. Penduduk boleh memikirkan sama ada menjual atau menyewakan ternakan kepada industry tersebut. Untuk ini kerajaan akan berkerjasama untuk menguatkuasakan akta penternakan tertentu.
2.4 KB akan menjadi salah satu daerah pengeluaran daging lembu yang terkenal di Negeri Sabah.
2.5 KB akan memiliki peladang jutawan tempatan.

3.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

Berikut adalah cadangan aturan jadual pelaksanaan projek ini.

3.1 Penghasilan idea. Cetusan awal idea telah dihasilkan.
3.2 Permohonan bajet kertas cadangan dan bajet diluluskan. Mohon diluluskan
3.3 Penghasilan Kertas Cadangan.
3.4 Kajian feasibility.
3.5 Kelulusan kewangan.
3.6 Perlantikan individu pelaksana dan pakar nasihat.
3.7 Pelaksanaan
3.8 Pemantauan berterusan.



4.0 KOS PELAKSANAAN PROJEK.

Kos sebenar untuk melaksanakan projek ini belum dapat ditentukan lagi. Dijangkakan bajet adalah dalam lingkungan 2-3 juta ringgit. Oleh itu, kertas cadangan perlu dihasilkan. Untuk ini diharapakan supaya satu bajet khas diperuntukkan untuk membayar honorarium pakar untuk menghasilkan satu kertas cadangan yang lebih baik di ikuti dengan kajian feasibility. Dicadangkan sebanyak RM30,000 diperuntukkan untuk menghasilkan kertas cadangan ini. Berikutan adalah justifikasi peruntukan yang dicadangan.

Sebanyak empat orang pakar diperlukan untuk menghasilkan kertas cadangan yang baik. Seorang pakar haiwan dan pertanian, seorang pakar lukisan landskap, seorang pakar kajian ekonomi dan social dan seorang lagi pakar dalam bidang pelancongan. Semua pakar ini adalah kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Seramai 10 orang penemuduga pula diperlukan untuk membuat survey social ekonomi penduduk KB yang terlibat. Seorang sekateriat pula diperlukan untuk menfailkan dan membukukan hasil kajian ini.



Bil Perkara Bajet (RM)
1. Penghasilan idea.

 Setiap pakar dijangka akan menghasilkan masa sebanyak 20 jam untuk memikirkan dan menuliskan idea. Kadar bayaran honorarium pakar minima Master Holder adalah RM100/jam x 20Jam x 4 orang pakar = Rm8000.
 Sebanyak 10 siri mesyuarat dijangka akan berjalan dan setiap sesi sebanyak 5 jam akan dihabiskan. RM100/jam x 5jam x 4orang pakar =RM 800







8,800
2. Elaun makan dan minum.
 Sekurang-kurangnya 5 kali elaun makan dan minum dibenarkan dengan kadar khas golongan DS45 iaitu RM85/hari, RM85 X 5 hari X 4 orang = RM1,700


1,700
3 Elaun hotel dan penginapan
 Sebanyak 5 malam dibenarkan dengan sewa hotel standard kelayakan DS45 iaitu RM180, RM180 X 5 malam x 4 orang = RM 3,600


3,600
4 Elaun Pengangkutan
 Anggapan jarak KK ke KB iaitu 60 KM pergi dan balik RM0.60/KM X 120 KM X 4 orang X 5 hari =RM 1,440

1,440
5 Alat tulis
 Setiap pakar dijangka hanya menghabiskan RM100 untuk alat tulis, RM100 X 4 orang =RM400
 Bainding kertas kerja dan fotostat anggaran RM600.
 Sewaan elektronik seperti desktop = RM500.



1,500
6 Elaun perhubungan (Air time telephon)
 Dijangka Rm100 seorang dan RM1,000 bagi ketua perhubungan.
1,500
7 Bayaran khas pengumpul data social:-
 RM50/hari X 10 orang X 3 hari = RM1,500
 Pengangkutan Rm150/hari X 2 buah kereta X 3 hari =RM900.

2,400
8 Bayaran sekateriat khas.
 RM1200/bulan untuk 3 bulan projek berjalan
3,600
9 Lain-lain:-
 Luar jangka seperti mengadakan dialog terbuka dan makan minum semasa temuduga social ekonomi.

5,460
Jumlah yang dipohon 30,000









5.0 KESIMPULAN
Jawatankuasa pencetus awal idea ini mencadangkan supaya bajet penghasilan kertas cadangan ini diluluskan untuk membolehkan satu kertas kerja yang baik dapat dihasilkan. Kami percaya bahawa projek ini mempunyai kepentiangan yang jelas bukan sahaja kepada kemajuaan daerah tetapi imej kepimpinan ahli mesyarakat di daerah KB.

2010-09-26

KOTA BELUD MAJU MENJELANG 2020 .

SUDUT SETEMU-TEMU 25 SEPTEMBER 2010

.

Sebelum kita membicarakan strateginya mari kita lihat resolusi persidangan meja bulat majlis permuafakatan yang telah diadakan pada 19-20 Mei 2006 , bertempat di Hotel Beverly , Kota Kinabalu sebagai Take Off Value ( TOV ) :-
Resolusi
Persidangan Meja Bulat Menangani Kemiskinan
Menerusi Pendidikan
Kota Belud 2006 – 2010
19-20 Mei 2006
Hotel Beverly,Kota Kinabalu
Pendahuluan
Menyedari bahawa kemiskinan adalah punca rangkaian kecelakaan yang bertali-temali, lalu membentuk apa yang dinamakan pusatan ganas atau lingkaran setan . Kemiskinan mendorong perlakuan jahat seperti penjenayah , perjudian , samseng , ketagih arak , pelacuran hingga sanggup menggadai maruah dengan hidup meminta – minta dan menukar pegangan hidup .
Menginsifi bahawa kemiskinan jika tidak ditangani secara serius berpotensi besar menjadi time bom (jangka bom) sosial yang boleh menghuru – harakan keharmonian sosial. Jurang miskin-kaya yang melampau apabila sekelompok berleluasa mengumpul kekayaan secara tidak wajar manakala pihak lain merasa tidak dipedulikan atau diperlakukan secara tidak adil, lambat-laun akan mencetuskan ketegangan.
Memandang berat kenyataan bahawa Daerah Kota Belud menduduki tempat ketiga termiskin di negeri Sabah ,
Menginsafi bahawa perancangan strategik mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan adalah dengan pembinaan masyarakat berilmu , dan berkemahiran dan memiliki nilai (masyarakat terdidik) yang bermaksud strategi jangka panjang yang membolehkan hidup berdikari dan kecukupan ( helping the people to help themselves), bahawa ilmu adalah kebaikan utama dalam hidup manakala menuntut ilmu adalah menjadi kewajipan kepada semua manusia dan menerima kenyataan bahawa pendidikan eleman penting dalam pencapaian teras dan objektif Misi Nasional Teras Kedua iaitu” Meningkatkan keupayaan pengatahuan , kreativiti dan inovasi Negara serta memupuk ” minda kelas pertama ” yang bergantung kepada mutu modal insane ”, maka Persidangan Meja Bulat Ancaman Kemiskinan Menerusi Pendidikan daerah Kota Belud.dianjurkan oleh:-

SK.Taun Gusi, Kota Belud
PIBG SK.Taun Gusi, Kota Belud
Kelab Usahawan Taun Gusi, Kota Belud
Gerakan Desa Wawasan Taun Gusi Padang,Kota Belud
Kelab Belia Perkasa Taun Gusi, Kota Belud
KRT Taun Gusi Padang, Kota Belud
JKKK Taun Gusi Padang, kota Belud
Persatuan Sama(PSS) Taun Gusi, Kota Belud
Ketua Kampung Taun Gusi, Kota Belud
Jawatankuasa Masjid Taun Gusi, Kota Belud
Dengan kerjasama
Pejabat Perhubugan Parlimen Kota Belud
Pejabat DUN Tempsuk
Pejabat DUN Usukan
Pejabat DUN Kedamaian
Persidagan ini telah dihadiri 50 peserta yang mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan , Jabatan – Jabatan Kerajaan dan Pemimpin – pemimpin Masyarakat .

Menerima hakikat bahawa setiap insan dalam masyarakat sama ada remaja ,dewasa , belia dan tua mempunyai hak untuk menikmati kebahagian dalam kehidupan baik dalam aspek jasmani mahu pun rohani . Jesteru semua pihak yang terlibat dalam berkepentingan mempunyai tanggungjawab untuk membasmi kemiskinan.
Bertitik tolak dari kesedaran dan keinsafan tersebut, persidangan pada hari ini memperakukan bahawa kemiskinan boleh dibasmi dengan cara berikut;
1. Jalan terbaik menagani kemiskinan adalah dengan membetulkan pandangan hidup ( world view ) yang benar tentang punca – punca kemiskinan , strategi pembasmian kemiskinan dan aggapan membasmi kemiskinan adalah melawan takdir. Ini adalah kerana soal kemiskinan berkait rapat dengan sistem nilai, cara berfikir, sikap dan cara bertindak seseorang . Kemiskinan bukan sahaja bersifat ekonomi dan nisbi ( reletif ) tetapi bersifat keharmonian , kejiwaan dan akal . Dalam erti kata lain menerusi pembinaan masyarakat yang berpendidikan .
2. Keyakinan bahawa fenomena kemiskinan boleh dibasmi bermula niat yang tulus, daya ikhtiar bersungguh – sungguh komitmen serius, memahami keutamaan , mempunyai modus operandi yang terancang , diikuti dengan pemantauan dan penilaian berterusan.
3. Timbul rasa kasih dan sayang dan terbit dalam hati nurani pemimipin yang prihatin danbertanggungjawab terhadap nasib masyarakatnya hatta bukan kalangan bangsa , selagi bernama manusia atas nama “ kemuliaan insan ”
Makhluk terbaik yang memiliki martabat keinsanan , apatah terhadap nasib anak bangsa sendiri .
4. Fenomena kemiskinan tidak boleh diselesaikan hanya dengan fakta dan angka (misalnya 1616 isi rumah lima orang memeperolehi PPK ( pendapatan paras kemiskinan)kurang RM 345.00 dikelompokkan sebagai miskin mutlak , manakala RM 690.00 miskin),seharusnya dusantuni dengan jiwa yangboleh hidup dengan mampu merasa. Selain insaf dengan golongan miskin mutlak , yang harus juga dibimbangkan adalah golongan mudah miskin(PPK RM 1200.00) penurunan jumlah rakyat miskin mutlak akan mengakibatkan rasa berjaya dan merasa pencapaian yang sebenar tidak tepat. Paras kemiskinan itu sendiri beranjak mengikut tempat dan jumlah tanggungan.








Strategi
Persidangan ini merancang beberapa pendekatan untuk menangani ancaman kemiskinan menerusi pendidikian daerah Kota Belud iaitu:
1. Gerakan meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya ilmu dan pendidikan dalam kehidupan yang mampu mengeluarkan masyarakat dari belenggu kemiskinan , bahawa ilmu adalah kebaikan utama dan perlu diberi keutamaan.
2. Semua kanak – kanak di Daerah Kota Belud haruslah dipastikan menerima pendidikan wajib bermula pra sekolah hingga ke tingkatan lima selari dengan konsep pendemokrasian pendidikan tanpa sebarang keciciran akibat masalah kemiskinan . Anak adalah aset yang amat berharga . Setiap daripada mereka memiliki potensi , bakat , minat untuk diperkembangkan .
3. Bantuan , sokongan dan galakan hendaklah diberi kepada mereka yang mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil , diploma dan ijazah pertama . Kemiskinan harta tidak patut dibenarkan menghalang mereka dari menimbah ilmu ,kemahiran dan nilai. Sehubungan itu , Yayasan Kota Belud perlu diaktifkan semula bertujuan memberi bantuan yang memadai, selaras dengan gagasan “Sekurang – kurangnya Satu Keluarga Satu Profesional .
4. Gerakan meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian pelajar Kota Belud dalam peperiksaan UPSR , PMR , SPM dan STPM hendaklah diperhebatkan hingga mencapai sasaran .
5. Kejayaan pembestarian pendidikan bergantung kepada penglibatan , sumbangan dan sokongan pemimipin sekolah , guru , sekolah serta komuniti bagi menjamin penyediaan modal insan berkualiti . Pihak ‘stakeholder’ perlu membestarikan diri selaras dengan tuntutan era globaliasi yang semakin mencabar agar dapat menyiapkan diri untuk menerima dan melaksana perubahan yaaang berlaku . Sokongan berbentuk material ( tajaan akhbar – Sisipan Skor A ) sumbangan idea dan bantuan psikologi kepada pihak sekolah amat diperlukan termasuk penglibatan aktif PIBG .
6. Gerakan mempertingkatkan kemudahan fizikal dan prasarana di sekolah terutama di kawasan terpencil bagi mempastikan proses pendidikan berjalan perlu dilaksanakan meliputi perumahan guru , asrama desa , kemudahan pengangkutan dan perhubungan , bekalan eletrik dan air bersih .
7. Memberi peluang seluas mungkin kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM memperolehi kemahiran dalam bidang teknikal berasaskan potensi , minat dan prospek masa depan .
8. Memupuk dan meningkatkan kerjasama erat dan padu antara individu , kelompok , masyarakat , Pertubuhan Bukan Kerajaan , dan pemimpin dalam menangani isu .
9. Pembangunan belia hendaklah berteraskan kepada konsep pembangunan insan yang mengambil kira kepentingan semua aspek kehidupan meliputi intelek , rohani dan jasmani . Program belia yang terancang , bersepadu dan dinamik ke arah penyuburan potensi dan niali-nilai mulia akan meningkatkan penyertaan dan peranan belia dalam pembangunan masyarakat .Ahli persaruan belia adalah mereka yang bebas daripada terjerumus dalam gejala sosial .
10. Pemimpin masyarakat , jabatan dan agensi , pertubuhan bukan kerajaan dan institusi keluarga melaksanakan amanah dengan sikap penuh bertanggungjawab , bersih dan cekap . Bersedia menyelesaikan setiap masalah secara berhemah serta sanggup turun padang . Kepimpinan mestilah berorentasikan pemimpin-pendidikan dan pemimpin-perubahanyang memiliki nilai-nilai unggul berteraskan keilmuan , berhemeh tinggi , serta berhikmah yakni mempunyai idealism yang jelas tetapi praktikal dalam menangani reality masayarakat .
11. Satu badan pemandu Program Menangani Masyarakat Kemiskinan menerusi Pemerkasaan Pendidikan Kota Belud yang memfokas kepada pemikiran , tenaga dan sumber untuk memperkasakan pendidikan di daerah Kota Belud perlu dibentuk segera .
12. Satu jawatankuasa pemantauan resolusi ditubuhkan di peringkat daerah untuk mempastikan resolusi dilaksanakan dan dinilai keberkesanannya dan seterusnya dirancang semula . Jawatankuasa ini terdiri daripada pemimpin masyarakat , pegawai jabatan dan agensi kerajaan serta individu .
13. Persidangan ini telah mengenal pasti adanya cabaran dan halangan utama tentang masalah sikap dalam sebarang perubahan . Maka persidangan ini mencadangkan supaya diadakan satu bengkel khusus untuk membincangkan Masyarakat Kota Belud dan Perubahan Sikap .

Gejala Sosial
Gejala yang boleh menjejaskan tumpuan pelajaran dibenteras dengan bersungguh-sungguh khususnya melalui pencegahan awal . Penguatkuasaan dan pengesanan penyalahgunaan dadah perlu lebih sistematik dan berkesan dengan member penekanan kepada kawsan-kawasan berisiko tinggi di Kota Belud . Masyarakat perlu berperanan membasmi ancaman dadah .

Pembangunan Ekonomi
Satu sistem penyaluran maklumat – mudah , efektif , berkesan serta mesra pengguna perlu dibangunkan untuk menyebarakan peluang-peluang ekonomi bagi meningkatkan pendapatan masyarakat termasuk latihan teknikal dan vokosional ( Jabatan Pertanian ) , kemudahan pinjaman modal (Bank Pertanian)
Keberkesanan pelaksanaan program-program pembangunan ekonomi setiap jabatan dan agensi kerajaan yang sedia ada hendaklah sentiasa dinilai dan diselaraskan antara satu sama lain .
Kaji semula terhadap kawasan tanah yang sedang dan tidak diusahakan (terbiar) daripada 41, 812.57 hektar dari segi potensi dan produktivitinya perlu dibuat segera .
Tanah Rezab hendaklah dibangunkan sebagai sumber baru ekonomi penduduk berkenaan .
Agensi kerajaan mengambil kampung yang miskin sebagai kampung angkat .
Tidak menghadkan kumpulan kelompok penanaman getah kepada keluasan tertentu sahaja .


Disediakan oleh
Saibeh Bin Haji Mansor
( Pengerusi Persidangan )

2010-08-19

ORANG NOMBOR 2 KEPIMPINAN UMNO KOTA BELUD BERSUARA



Syabas dan tahniah kepada orang nombor 2 kepimpinan UMNO Kota Belud kerana telah respond dan bersuara tentang rancangan kerajaan membina Empangan Tambatuan
(Berita Harian : 18Ogos –edisi Sabah & Sarawak ; m/s 6 )



Kita bukannya menentang rancangan tersebut dan juga kita bersetuju komen YB ADUN Kadamaian (Daily Express, edisi Melayu ; m/ 3 ) bahawa empangan tersebut bakal menjana sumber ekonomi baru di daerah ini. Bagaimana pula pendirian Pemuda , Wanita dan Puteri UMNO Kota Belud dalam perkara ini ? Pemuda, Wanita dan Puteri tidak seharusnya terus membisu berhubung dengan isu-isu semasa.

Kita harus ingat dalam PRU 12 yang lepas, BN menang dengan majoriti 3 000 lebih undi sahaja. Jika isu empangan dimainkan oleh parti pembangkang serta disokong oleh mereka yang simpati terhadap derita yang bakal di tanggung oleh penduduk Tambutuon , Gundukut dan Kaiduan , BN bukan sahaja kehilangan 5 000 pengundi malahan mungkin lebih.

Saya mencadangkan supaya isu empangan ini perlu ditangani dengan permuafakatan. Rakyat harus mendapat penjelasan yang lebih dengan cara dialog atau pertemuan hari hati ke hati . Saya yakin Empangan Tambuton ini akan jadi kenyataan jika hati nurani rakyat perkampungan yang terlibat dapat dimenangi .



1 Malaysia , Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .

‘ BEJOGO ‘ ERATKAN PERPADUAN

SUDUT SETEMU-TEMU, 18 OGOS 2010



' Bejogo' adalah adat dan kepercayaan suku Kaum Sama/Bajau Kota Belud yang masih diamalkan hingga sekarang.'Bejogo' bermaksud berjaga. Acara bejogo ini dibuat selepas kelahiran anak, sewaktu sakit tenat atau meninggal dunia.

Bejogo selepas kelahiran pengisiannya adalah dengan bermain daun terup , sakit tenat dengan membaca yasin dan mati pula dengan membaca al quran, Tujuan bejogo agar bayi, si sakit tenat dan si mati tidak diganggu oleh balan-balan iaitu sejenis mahluk menyerupai syaitan jadian. Menurut cerita balan-balan ini pada asalnya manusia biasa dan apabila dirasuk maka menjadi mahluk luar biasa , tidak kelihatan dengan mata kasar kecuali bunyinya dan air liurnya menitis seperti bintang-bintang. Balan-balan ini akan membunuh bayi atau si sakit untuk dimakan bersama keluarganya. Balan-balan ini juga disebut sebagai 'Selambadut' . Ia terbang ( kepala dan tali perut sahaja )

Bejoga juga dilakukan di kubur si mati . Kubur si mati akan dijaga bagi mencegah balan-balan mengorek semula kubur si mati. Kubur si mati dijaga berdasarkan kedudukan si mati di dalam masyarakatnya. Jika si mati adalah pembesar dan berketurunan Datu , kuburnya akan dijaga 40 hari ( siang dan malam ) . Jika pembesar biasa sahaja kuburnya akan dijaga selama 20 hari manakala orang dewasa biasa selama 10 hari dan kanak-kanak biasa selama 7 hari .

2010-08-17

‘ DUANG ‘ MENGERATKAN SILATURAHIM

SUDUT SETEMU-TEMU , 17 OGOS 2010




Semalam dengan ditemani anak lelaki saya Abdul Hadi , saya berkesempatan menghadiri jemputan kenduri ' bangi ' , doa selamat dan berbuka puasa di rumah Encik Kiong Bin Tawau di Kampung Kesapang. Kenduri ' bangi ' dan doa selamat tersebut dibuat selepas genap 40 hari anakanda beliau iaitu Allahyarham Zairuddin meninggal dunia.

' Bangi ' dalam bahasa Sama/Bajau ialah kenduri arwah dan doa selamat . ' Bangi ' ini dilaksanakan selepas kematian , 7 hari, 40 hari, 100 hari dan 'Temantaun' ( selepas setahun )

Jemputan ditetapkan jam 5.30 petang. Kenduri arwah dan doa selamat , solat Maghrib , solat Isyak , dan solat sunat tarawih dipimpin dan diimamkan oleh Encik Kalbeh Haji Ibrahim.

Tuan rumah telah menyediakan beberapa jenis juadah berbuka puasa seperti minuman panas dan sejuk , kuih-muih , buah-buahan , dan beranika jenis lauk pauk.

Setelah majlis tamat , tuan rumah membekalkan semua jemaah dengan ' duang ' ( berbentuk hamper diisi dengan kuih – muih tradisional, nasi bungkus dan lauk pauk , minuman dan makanan ringan ) . Imam biasanya akan mendapat ' tekok duang ' ( kepala duang ) iaitu 'duang' yang paling besar dan lain daripada yang lain .

Seronok juga sekali sekala mendapat ' duang ' tetapi masalahnya ' duang ' selalunya berat susah untuk dijinjing , terpaksa dipikul atau dijunjung.

' Duang ' adalah bahasa Sama/Bajau masyarakat Kota Belud manakala penduduk Sama/Bajau Tuaran menyebutnya

sebagai ' Sampur " .

2010-08-16

EMPANGAN TAMBATUON - Perlu Ditangani Seperti Menarik Rambut Di Dalam Tepung, Rambut Tak Putus Tepung Tak Berselerak .

SUDUT SETEMU-TEMU, 16 OGOS 2010



Cadangan pembinaan empangan di Sungai Tampasuk berhampiran Kampung Tambatuon dalam kawasan Kadamaian tidak menguntungkan BN dalam PRU ke 13.

Tujuan pembinaan empangan yang bernilai RM 450 juta ( BH , 13 ogos, Edisi Sabah & Sarawak , m/s 3 ) itu adalah semata-mata untuk pengairan Jelapang Padi Kota Belud. Projek mega ini selain tidak dapat menyelesaikan kemelut kemiskinan di daerah Kota Belud , projek ini tidak menguntungkan penduduk sekitar Kampung Tambatuon.

Projek Jelapang Padi Kota Belud terletak di kawasan Tampasuk . Penduduk sekitar Tambatuon pula terpaksa mengorbankan kampung halaman , tanah pusaka, kebun buah-buahan dan harta peninggalan nenek moyang mereka semata-mata kerana Projek Mega Jelapang Padi Kota Belud.

Jika Projek Empangan Kadamaian itu projek jangka panjang kerajaan seperti Empangan Bakun di Sarawak untuk menjana hidroeletrik ( Kota Belud Selalu Putus Tenaga ), logi air bersih , pengairan perindustrian menjelang 2050 mungkin boleh diterima akal.

Daerah Kota Belud perlukan industri yang boleh menjana pendapatan baru kepada penduduk Kota Belud. Sebagai contoh 10 ekar tanah sawah boleh menjana sebuah keluarga dengan kadar RM 10 000.00 semusim ( 4 bulan ) tetapi 10 ekar tanah jika dibangunkan untuk industri boleh menjana pendapatan 1 000 keluarga.

Saya mencadangkan projek Empangan Kadamaian di bina di kawasan Tampasuk kerana Jelapang Padi Kota Belud dan Agropolitan Pintasan 95 % terletak di kawasan Tampasuk.

Isu Empangan Kadamaian sudahpun dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Saya khuatir isu ini akan menjadi lebih parah lagi menjelang PRU ke 13 yang boleh menjejaskan peluang BN mempertahankan kerusi-kerusinya di daerah ini.

Rakyat sejahtera ialah rakyat yang hidup harmoni , aman dan damai tanpa memikirkan keselesaan, keselamatan kampung mereka tergugat . Isu Empangan Kadamaian perlu ditangani ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus , tepung tak berselerak.

2010-08-15

AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI

SUDUT SETEMU-TEMU ,15 OGOS 2010


Saudara / saudari rakan fb yang saya hormati;

Cerita pengkisahan Embo Ali wajar ditutup dan dihentikan memandangkan salasilah Embo Ali tidak dapat dikesan dan diperolehi. Nama beliau tiba-tiba muncul di kalangan penduduk Kampung Pandasan menentang penjajah British . Cerita setelah seabad lamanya kini menjadi seperti lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi.

Dibulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan dan maaf kepada saudara/saudari kita yang tersinggung atau terkilan berhubung dengan cerita lagenda ini.

Saudara/saudari tentu pernah membaca cerita rakyat yang bertajuk Pak Kadok. Dikisahkan bahawa Pak Kadok yang penuh yakin ingin berlaga ayam dengan ayam raja, telah mengadaikan kampung berserta penduduk dan anak isterinya. Malang nasib Pak Kadok kerana walaupun ayamnya menang tapi kampung tergadai.

Sebagai rakyat Kota Belud yang cintakan daerah ini tentunya kita tidak mahu cerita-cerita seperti ini terus berlanjutan. Cerita-cerita yang memecah belahkan perpaduan masyarkat kita wajar ditinggalkan. Marilah kita bertekad bersatu tenaga , membulatkan fikiran dan menyusun langkah bersama-sama bangsa lain dan pemimpin kita serta rakyat biasa memajukan daerah Kota Belud dengan menyahut seruan transformasi kerajaan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Sambutan Hari Merdeka Dalam Semangat Bangau Oh Bangau

SUDUT SETEMU-TEMU, 14 OGOS 2010


Sambutan Hari Merdeka Dalam Semangat Bangau Oh Bangau

Petang kelmarin saya mewakili Embo Presiden PSS menghadiri mesyuarat ke dua Jawatankuasa Sambutan Bulan Merdeka peringkat daerah Kota Belud. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah kerana Tuan Pegawai daerah ada komitmen yang lain. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada para wakil ketua jabatan dan NGO. Tidak ada ketua jabatan yang hadir .

Aktiviti yang dirancang ialah :

1. Majlis tahlil dan doa selamat – 30 Ogos

2. Pengibaran Jalur Gemilang – 25 Ogos

3. Perhimpunan sambutan bulan merdeka – 15 Sept

4. Derma darah – 15 Sept

5. Pertandingan bola sepak tertutup piala PD

6. Pidato Merdeka – tarikh belum ditentukan

Antara aktiviti yang hangat diperbincangkan ialah pengibaran Jalur Gemilang. Pengerusi sedih kerana tahap kesedaran masyarakat Kota Belud sangat rendah terhadap semangat patriotism melalui pengibaran Jalur Gemilang. Permis-permis perniagaan , pejabat-pejabat kerajaan negeri ataupun Persekutuan ( kecuali balai polis dan sekolah-sekolah yang berhampiran dengan pekan ), kereta-kereta , rumah-rumah persendirian jarang-jarang terdapat kibaran Jalur Gemilang.

Adakah tahap patriotisme masyarakat Kota Belud terhadap sambutan hari kemerdekaan negara sudah luntur atau ini dipengaruhi oleh ekonomi semasa ? Ada ahli –ahli mesyuarat menyalahkan pihak penganjur majlis rasmi kerajaan yang tidak berprotokol dan memperlekehkan para jemputan ( ketua jabatan ) . Ada pula ahli mesyuarat yang menyalahkan tahap kerjasama antara jabatan dan kepimpinan.

Saya berpendapat perkara inI disebabkan sistem penyampaian yang kurang berkesan . Pihak yang bertanggungjawab gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Maka timbullah rangkaikata perkataan Bangau Oh Bangau .

Alangkah eloknya jika acara kemuncak dibuat di padang secara perbarisan, semua ADUN,MP dan ketua-ketua parti BN pemuda,wanita dan puteri , kontijen kakitangan awam, swasta dan NGO mengibar Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu-lagu patriotik dan bukan berhimpun di dalam dewan secara tertutup.

Suka juga kita melihat pemimpin kita melaungkan "MERDEKA" sebanyak 7 kali seperti yang telah dilakukan oleh YTM Tengku Abdul Rahman semasa mengistiharkan kemerdekaan tahun 1957 dahulu.

Pihak penganjur perlu mencari jalan menaikkan semangat masyarakat Kota Belud cintakan negara. Jemput YDP Tan Sri Speaker Dewan Rakyat bersama-sama di padang. Sebagai pejuang yang cintakan daerah tanah tumpah darahnya tentu beliau tidak hampakan kita. Barulah matlamat transformasi kerajaan berjaya dengan semangat 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

2010-08-12

Embo Ali




Saya terbaca di dalam ruangan suratkhabar berbahasa Melayu, Saudara Azrone terkilan kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengambil inisiatif memulihara makam dan kubu Embo Ali di Kampung Pandasan Kota Belud.

Saya setuju dengan pendapat saudara Azrone agar sejarah perjuangan Embo Ali diketengahkan kepada orang ramai. Saya mencadangkan jika sejarah Embo Ali ini mempunyai impak yang tinggi kearah ekonomi berprestasi tinggi agar satu seminar mengisahkan perjuangan Embo Ali ini dibuat dan saya sanggup untuk menjadi pesertarnya . Kita jemput sejarahwan-sejarahwan untuk membentangkan kertas kerja . Saya yakin, selain dari diri saya sendiri masih ramai lagi di luar sana yang masih samar-samar siapa Embo Ali ini sebenarnya ? Siapa ibubapanya ? Dari mana asal usulnya ? Adakah beliau ini anak jati Pandasan atau pendatang asing ? Adakah beliau mempunyai keluarga di Kampung Pandasan ?

Keraguan ini timbul kerana pada suatu masa dahulu ada pemimpin politik dari Papar yang menyatakan bahawa beliau adalah waris Embo Ali. Beliau berjuang untuk menegakkan keadilan untuk Embo Ali .

Sejarah Embo Ali ini telah diekspolitasikan untuk keuntungan politik. Jadi sudah sampai masanya untuk rakyat Kota Belud khususnya dan Malaysia amnya mengetahui siapa Embo Ali ini sebenarnya.

Bazar Ramadhan Kota Belud Meriah.

SUDUT SETEMU-TEMU,12 OGOS 2010



Kelmarin hari pertama berpuasa, saya dan isteri pergi ke Bazar Ramahdan Kota Belud untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa. Wah ! Sungguh meriah bagaikan pesta makanan. Para peniaga tempatan menjual lauk pauk, kuih muih, beranika jenis bubur, air batu campur (ABC) dan air buah-buahan. Para belia pendatang pula mendominasi perniagaan satay, sayap ayam bakar, ikan bakar, martabak jawa, dan kuih bulan. Peniaga tempatan dan belia pendatang ini bersaing untuk memikat pembeli.

Saya teringat dengan kenyataan seorang pemimpin PBS Datuk Henrynus Amin, alangkah baiknya jika para belia kita berani menceburi perniagaan yang didominasi oleh belia pendatang ini. Adakah para belia kita tidak tahu menjual satay dan sayap ayam bakar ? Atau mereka ini hanya mampu menjual kelapa muda di tepi jalan sahaja ? Adakah belia kita tiada semangat bersaing atau sudah kalah sebelum berjuang ?

Bagaimana "Gontor" ? Apa program bulan puasa ini ? Sekurang-kurangnya "Gontor" boleh membentuk konvoi mengejutkan penduduk di kampung-kampung dan kawasan perumahan di daerah ini bangun bersahur di awal pagi .

“Lemiang Tompo-Tompo Temban Tahi Ni Loso”

SUDUT SETEMU-TEMU 10 OGOS 2010




Usaha Ahli Parlimen Kota Belud bahawa subsidi baja dan racun mahluk perosak tanaman supaya dikekalkan patut dipuji dan disokong. Para petani yang rata-rata hidup dalam kesempitan tidak mampu membeli baja dan racun mahluk perosak tanaman mereka.

Walau bagaimanapun ada petani yang terdesak sanggup menjual subsidi ini kepada pihak ketiga lantaran mahu wang yang cepat.

Cadangan untuk menubuhkan pusat pembelian hasil pertanian , penternakan dan perikanan perlu diberi perhatian. Masalah petani , penternak dan nelayan ialah cara mereka memasarkan hasil mereka. Saya teringat satu skim tanaman buah markisa yang dipelopori oleh KPD sedikit masa dulu . Petani diberi pinjaman berbentuk bijih benih , baja , racun mahluk perosak , membersihkan tanah dan peralatan keperluan lain sehingga mencecah puluan ribu ringgit. Tapi malangnya sistem pasaran tidak tetap , maka petani kerugian dan menanggung hutang. Akhirnya tanah petani terjual untuk melunaskan hutang. Begitu juga skim ternakan kambing kormisal yang disediakan oleh PPK . Para penternak telah melabur ribuan ringgit membina kandang , kawasan rumput dan baka . Skim ini juga menemui jalan buntu . Perkara ini berlaku kerana kegagalan mewujudkan sistem pemasaran yang teratur.

Satu lagi peristiwa mimpi ngeri penduduk Kota Belud terutamanya penduduk Kampung Taun Gusi . Pada tahun 80 an , sebuah syarikat dari Semenanjung telah melabur menternak udang harimau di kawasan Padang Ragut Pintasan milik penduduk Taun Gusi . Walaupun ditentang oleh rakyat tetapi pelabur itu telah mendapat kelulusan ( geran tanah CL1000 ekar ) dari kerajaan dengan cara yang tidak dipersetujui oleh rakyat . Akhirnya pelabur itu gagal dan penduduk kehilangan tanah seluas 1 000 ekar . Semoga peristiwa ini tidak berulang dengan kewujudan Rancangan Baru Kerajaan Projek Agropolitan Pintasan umpama “Kalang Sama/Bajau : Lemiang tompo-tompo temban tahi ni loso” atau “ ayam terlepas tangan berbau tahi” .

Saya setuju dengan pendapat seorang rakan fb bahawa Jelapang Padi Kota Belud dan Agropolitan Pintasan tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan di daerah ini. Satu kajian terperinci perlu dilakukan berdasarkan maklumbalas petani dan penternak.

BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

SELAMAT BERPUASA

TERUTAMA UNTUK

SEMUA RAKAN FB DAN BLOG

SETEMU SERATI DEMBUA KITI

2010-08-08

Isteri Wakil Rakyat Sibuk ?

SUDUT SETEMU-TEMU 08 OGOS 2010




Isteri Wakil Rakyat ( WR ) diseru sentiasa mendampingi rakyat dalam memahami masalah dan kehendak rakyat . Saranan ini sebenarnya telah dibuat oleh Yang Berbahagia isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Di Pertua Bakisa Sabah. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh semua isteri-isteri WR khususnya di Kota Belud.
Seruan ini bertepatan dengan fenomena semasa di mana ada isteri WR tidak pernah bersama suami sewaktu WR tersebut melawat kawasan pilihanrayanya. Ramai rakyat yang bertanya, adakah WR ini sudah beristeri atau tidak ? Kalau sudah beristeri di mana isterinya ? Berapa orang anaknya ? Maklumlah ada WR yang tidak bermastautin di kawasannya dan rakyat juga tidak tahu di mana rumahnya.
Saya cadangkan WR seperti ini kalau belum beristeri seharusnya berkahwin supaya ada pembantu atau kalau sudah beristeri tetapi isterinya sangat sibuk dengan tugas-tugas lain sehingga tidak berkesempatan bersama suami menemui rakyat , maka “merelakan” suami berkahwin lain agar isteri baru ini dapat bersama dan membantu WR . Ini secara tidak langsung memenuhi seruan Yang Di Pertua Bakisa. Ramai gadis, ramai janda Kota Belud jadi pilihan.

‘ Migang’

SUDUT SETEMU-TEMU 08 OGOS 2010



Semalam, saya menghadiri majlis kenduri ‘migang’ dan doa selamat di rumah adik saya Abdul Gaus di Kampung Keguraan. Adalah menjadi adat dan kebiasaan masyarakat Islam di Kota Belud mengadakan majlis doa selamat tanda kesyukuran sempena menyambut bulan Ramahdan. Majlis ini dikenali dengan ‘migang’( Sama/Bajau) bererti berniat,bertekad akan menunaikan ibadat puasa selama sebulan dalam bulan Ramahdan kerana Allah.
Sempena dengan majlis tersebut, adik saya Abdul Gaus juga menyatakan agar para jemaah sama-sama memohon doa kepada anaknya Hadi Nazreen yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Tanta, Mesir dalam bidang perubatan. Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anaknya sehingga ke menara gading.
Saya teringat seorang hamba Allah yang telah berjuang mendidik puteranya hingga ke menara gading dan kini anak itu menjadi orang terpenting di dalam hairaki kepimpinan negara.
Sinopsis cerita bermula dengan kelahiran putera disebuah perkampungan nelayan di utara daerah Kota Belud. Dalam serba kekurangan (sekolah berlantaikan tanah, tiada eletrik, tiada air paip ) tidak menjadi penghalang untuk putera ini terus menimbah ilmu. Setelah tamat sekolah rendah, putera ini belajar di sebuah sekolah menengah di ibukota. Atas kesedaran betapa pentingnya insan berilmu, hamba Allah ini menghantar puteranya tadi belajar di negera Mat Salleh dalam bidang perundangan. Hamba Allah ini sanggup mengadaikan tanah termasuk rumah tempatnya berlindung semata-mata untuk mendapatkan wang perbelanjaan putera harapan yang tersayang di rantau orang.
Alhamdullilah putera harapan telah berjaya memenuhi impian ayahnya, impian bangsa. Beliau telah menjadi bintang yang sentiasa bersinar menjadi sebutan dan inspirasi masyarakat Kota Belud khususnya dan Malaysia amnya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayahNya ke atas arawah hamba Allah ini. Kami, anak bangsa Kota Belud sentiasa berdoa agar putera ini sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga tersayang dan terus bersinar menerangi bumi Malaysia ini. Amin.

Bersuara Bukan Bererti Menentang

SUDUT SETEMU-TEMU ,07 OGOS 2010




Baru-baru ini saya terbaca di dalam sebuah suratkhabar berbahasa Melayu, seorang pemimpin melahirkan rasa kecewa, sedih dan malu kerana ada penulis-penulis fb dan blog menaburkan fitnah yang tidak sahih sehingga memesongkan fikiran rakyat terutamanya belia.
Mungkin ada kebenarannya cakap pemimpin tersebut. Tapi, awal-awal lagi saya telah menyatakan ‘ sistem penyampaian ‘ terutamanya di Kota Belud perlu diurus dengan berkesan. Jika sistem penyampaian tersangkut maka fahaman rakyat terhadap rancangan kerajaan juga tersangkut.
Agen-agen yang dilantik atau dipilih oleh rakyat, pemimpin atau kerajaan haruslah mereka yang amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan berkebolehan. Pilihan atau lantikan berdasarkan kroni, nipotisme, rakan karib atau kerana ‘termakan budi’ menyebabkan sistem akan pincang. Jesteru itu, segala hasrat dan cita-cita kerajaan akan terbantut dan sia-sia.
Rakyat yang ingin tahu atau menegur bukan bererti mereka menentang pembangunan, tetapi inginkan penjelasan. Adalah kurang bijak pemimpin mencop rakyat yang bersuara menghina atau memalukan pemimpin. Sebagai contoh rakyat ingin tahu Projek Empangan Kedamaian, Jelapang Padi, Agropolitan Pintasan, Jalanraya KK-Kudat Bypass, Jalan Sangkir, Taburan dan Tambulion, Saluran Air Paip Rampaian Laut, Eletrik yang sering ‘blackout’ dan keperluan-keperluan asas rakyat yang seumpamanya. Mengapa ditentang ? Rakyat cuma ingin tahu. Pemimpin harus perjelaskan. Apa salahnya ? Rakyat gunakan pertemuan biasa, tetapi tidak berkesempatan terutama “pemimpin terlalu sibuk” . Gunakan telefon atau SMS , pemimpin tidak repon. Ditulis dalam fb atau blog pemimpin juga tidak respon tetapi direspon semasa majlis bersama rakyat. Dalam majlis berkenaan pula hanya pemimpin yang bercakap, mohon tepuk tangan, selepas itu jamuan dan pemimpin beredar atau balik. Komunikasi sehala ini membuatkan pemimpin syok sendiri dan sememangnya kurang berkesan. Kalau perlu adakan dialog, seminar, persidangan meja bulat atau edaran risalah agar rakyat faham akan setiap projek kerajaan. Pengamalan slogan amanah, bersih, dan cekap perlu diteruskan didalam menjayakan matlamat slogan 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.
Jangan wujudkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Jika ada majlis jamuan, biar pemimpin memakan makanan yang sama seperti rakyat makan. Jangan asingkan pemimpin duduk di meja khas sementara rakyat duduk dibangku. Jika tangkap ikan bersama, jangan pemimpin mengambil kepala dan rakyat diberi ekor. Biar sama-sama rasa seperti pepatah berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing ; ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni ; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.

Yayasan Kota Belud ( YKB ) Harapan Baru Bagi Mereka Kurang Kemampuan


SUDUT SETEMU-TEMU 06 OGOS 2010

Tahniah dan syabas kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Salleh Tun Said kerana mengaktifkan semula YKB. Masyarakat Kota Belud yang kebanyakkannya dibelenggu kemiskinan sangat mengharapkan peranan YKB untuk meringgankan beban mereka. YKB yang memfokaskan pembangunan pendidikan , kesihatan dan ekonomi adalah diharapkan dapat memainkan peranannya membantu dalam usaha kerajaan melaksanakan sistem penyampaian sebagai faktor penting dalam menjayakan transformasi kerajaan.
Usaha YKB untuk menjanamakan semula yayasan ini sebagai Yayasan Kemajuan Bumiputera ( YKB ) sangat dialu-alukan. Ini adalah selaras dengan slogan 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Program - program pendidikan ( modal insan ), kesihatan ( gaya hidup sihat ) dan ekonomi perlu diberi keutamaan agar yayasan ini benar-benar dapat memenuhi aspirasi rakyat Kota Belud khususnya Malaysia amnya.

2010-08-04

Kota Belud By Pass Menjana Sumber Ekonomi Baru

SUDUT SETEMU-TEMU ,05 OGOS 2010




Kota Belud By Pass adalah jalanraya yang merentasi Kampung Lebak Moyo, Sembirai , Sinorob, Wakap, Labuan, Jawi-Jawi Selesa dan Kesapang sepanjang lebih kurang sepuluh kilometer memendekkan perjalanan Kota Kinabalu-Kudat . Jalanraya ini juga menjana ekonomi baru bagi kampung-kampung tersebut. Nilai tanah yang berhampiran dengan jalanraya itu juga telah meningkat. Pengusaha-pengusaha gerai makanan dan hasil pertaniaan tumbuh seperti cendawan. Mini market Sinorob, bengkel memotong cermin dan perabot, car wash, perkhidmatan dobi, bengkel membaiki kereta sedang beroperasi. Terbaru, SIU Motel 2 dan kilang menjual papan akan beroperasi dalam sedikit masa lagi. Pembinaan rumah-rumah persendirian dan tapak-tapak perusahaan sedang giat dijalankan .
Tidak dapat dinafikan bahawa jalan Kota Belud By Pass membawa banyak menafaat kepada kampung-kampung yang dilaluinya selain daripada mengurangkan kesesakan lalulintas di pecan Kota Belud. Walau bagaimanapun tidak dinafikan setiap pembangunan ada juga kesan sampingannya. Namun begitu, perkara ini boleh diatasi jika semua pihak bermuafakat dan berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

2010-08-03

Jelapang Padi Dan Agropolitan Pintasan Untuk Siapa ?

SUDUT SETEMU-TEMU 03 OGOS 2010



Tahniah daerah Tawau kerana telah Berjaya membasmikan miskin tegar, Masyarakat Tawau tentu berasa lega dan bangga atas kejayaan ini. Pemohon eKASIH tentu tiada lagi. Para Guru Besar dan Pengetua sekoalh tidak lagi dibebani dengan memproses borang-borang permohonan KWAPM. Permohonan rakyat untuk mendapat PPRT tentu berkurangan. Masyarakat Tawau hanya menumpu kepada mencapai ekonomi berprestasi tinggi.
Bagaimana dengan daerah Kota Belud ? Bila agaknya daerah bersejarah ini mencapai zero miskin tegar ? Adakah program mega “Jelapang Padi” dapat membasmi miskin tegar ? Adakah rancangan Agropolitan Pintasan dapat menangani miskin tegar ini ? Saya dengar rancangan Agropolitan Pintasan seluas lebih kurang 700 ekar akan diusahakan oleh 500 keluarga. Disediakan 500 buah rumah dan dibekalkan 1000 ekor lembu tenusu. Disamping kemudahan –kemudahan insfratruktur seperti sekolah, balai polis, klinik, kemudahan memproses susu lembu, peneroka juga diberi gaji/elaun RM 1000.00 sebulan.
Rancangan Agropolitan ini ( Kalau Betul ) memang sedap didengar. Tapi anehnya “1000 ekor lembu dijaga 500 buah keluarga”. Ini yang aneh. Bayangkan sebuah keluarga suami, isteri, kalau ada anak dua atau tiga orang, bererti setiap keluaraga ada 5 orang . Jadi 1000 ekor lembu dijaga oleh 2500 orang. Di manakah logiknya ?
Saya fikir pembangunan di Kota Belud perlu dipacu dengan kekuatan keintelektualan. Pihak yang berwajib tidak boleh mengambil kesempatan asal ada rancangan. Wang rakyat perlu dibelanja dengan berhemah. 700 ekar untuk 1000 ekor lembu 2500 orang penjaga, logik kah ?
Saya juga setuju dengan pendapat AC Fian-Fian bahawa para petani Kota Belud dieksplotasi oleh orang tengah. Orang tengah telah menjadikan mereka ‘mangsa’. Tentulah kalau difikirkan ini keterlaluan. Tapi, bayangkan petani ini tidak lagi berkuasa terhadap hasil padi mereka kerana sejak mula bekerja lagi mereka telah dibebani dengan hutang. Hasil tuaian padi pula tidak dapat melunaskan hutang. Perkara ini berpanjangan bertahun-tahun.
Di manakah keadilan untuk petani- petani ini ? Mengapa pihak yang berwajib menutup mata dan memekakkan telinga ? Bagaimana Transformasi Kerajaan di Kota Belud ? Slogan 1 Malaysia “ Rakyat Didahulikan Pencapaian Diutamakan”. Tentulah kesannya dalam PRU 13.

Tampilkan Tokoh Hebat Dan Berwibawa.

SUDUT SETEMU-TEMU 02 OGOS 2010



Kota Belud 100 kilometer dari ibukota Kota Kinabalu merupakan pekan sejarah yang dikenali dengan jolokan Cowboy Town of The East . Pekan ini terkenal dengan kuda Bajau, pembuat parang dan pengeluaran hasil padi. Malangnya ketiga-tiga industri ini diusahakan oleh mereka yang telah lanjut usia dan tidak mempunyai kerja pilihan.
Sebagai contoh pengusaha padi. Walaupun Kota Belud terkenal sebagai daerah Jelapang Padi, namun mereka yang menceburkan diri dalam industri ini adalah golongan yang telah berusia, Orang muda tidak tertarik dengan industri ini kerana bagi mereka industri ini tidak menguntungkan dan tidak menjamin masa depan yang lebih cerah. Begitu juga dengan industri pembuatan parang. Industri ini tidak akan menguntungkan jika Kota Belud tidak menjadi destinasi pelancongan. Penternakan kuda ( Pony ) adalah pilihan orang muda yang tidak berpeluang mendapat kerja yang lain. Tujuan mereka memelihara kuda adalah untuk berlumba di Tuaran ( Tuaran mempunyai padang lumba kuda ). Ganjarannya tidaklah seberapa. Kalau kuda menang berlumba, dapatlah sedikit ganjaran, tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku mereka pulang dengan tangan kosong.
Dalam era transformasi ini mereka yang berkepentingan ( stakeholder) harus memikirkan masa depan masyarakat Kota Belud. Kota Belud harus mempunyai industri yang boleh menjana daerah ini ke arah daerah yang mempunyai pendapatan tinggi selaras dengan transformasi kerajaan. Industri Pelancongan, Pembuatan, Pendidikan, Sukan dan Kesihatan sangat berpotensi di Kota Belud.
Para pemimpin harus merancang ‘beyond’ atau 30 tahun ke depan. Pemimpin yang berwawasan dan mempunyai kekuatan intelektual perlu ditampilkan untuk memimpin daerah ini ke arah yang lebih maju. Kita mempunyai pemimpin yang hebat dan mempunyai ketokohan dalam kepimpinan. Selain daripada kehebatan tokoh-tokoh kepimpinan yang ada, mereka juga perlu dibantu oleh tokoh-tokoh muda yang berpendidikan tinggi. Jika tokoh-tokoh ini bersinergi dengan tokoh-tokoh muda yang hebat, Kota Belud akan muncul sebagai daerah terbilang di Malaysia.
Saya bukan berkempen atau melobi bagi pihak mereka, tapi sebagai anak Malaysia yang bermastautin di Kota Belud, saya rasa terpanggil supaya kedua-dua tokoh ini diketengahkan demi masa depan Kota Belud khususnya dan Malaysia amnya.

SUDUT SETEMU-TEMU 01 OGOS 2010



Selepas melawat beberapa gerai pamiran di majlis Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Rakyat bertempat di padang Kota Belud pagi kelmarin, saya bertemu dengan seorang rakan fb. Beliau mempelawa kami minum di Restoran Puteri Kasih di bangunan Majlis Daerah Kota Belud.
Untuk tidak menghampakan beliau, kami bersetuju. Semasa minum, rakan tersebut meluahkan pendapat beliau berhubung projek Jelapang Padi Kota Belud.
Rfb : Rakyat Tempasuk beruntung kerana projek Jelapang Padi Kota Belud 90% di kawasan Tempasuk.
Penulis : Ya, tapi setengah mereka tidak gembira kerana pada pendapat mereka tanaman padi adalah tanaman cukup makan sahaja.
Rfb : Ya, kalau kawasan kecil, 2 atau 3 ekar sahaja. Tapi kalau kawasan yang luas saya yakin menguntungkan.
Penulis : Saya setuju. Namun ramai petani Tempasuk tidak mempunyai kawasan yang luas. Kebanyakannya mempunyai tanah 2 atau 3 ekar sahaja. Ada pula yang terpaksa “mengerjakan tanah orang” kerana tidak mempunyai tanah sendiri yang mana hasilnya kelak dibahagi 50 – 50.
Rfb : Bagaimana kalau petani mengubah cara penanaman padi mereka. Jangan bergantung dengan orang tengah.’Radu sendiri, tanam sendiri, tuai sendiri, dan jual sendiri’.
Penulis : Itu cadangan yang baik. Bagaimana ?
Rfb : Hapuskan subsidi.Gantikan dengan setiap petani yang berdaftar diberi jentera pembajak ( Kabota ), mesin pengisar ( jenis kecil berharga lebih kurang RM 2000.00). Mereka tidak lagi bergantung dengan orang tengah. Beras yang hancur dan habuk padi boleh digunakan untuk makanan ternakan.
Penulis : Setujukah kerajaan ? Beras ini barang kawalan.
Rfb : Bukankah 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ . Transformasi bah !!
Saya tersenyum dan membayar minuman. Kami berpisah dengan berjanji akan berjumpa lagi. Saya ulangi kata-kata rakan fb tadi ‘ radu sendiri, tanam sendiri, tuai sendiri dan jual sendiri’ . Saya tersenyum sendiri.

SUDUT SETEMU-TEMU





Semasa menghadiri program kementerian perusahan dan asas tani bersama rakyat di padang Kota Belud pagi tadi, saya bersama anak lelaki saya Abdul Alif, sempat meninjau gerai-gerai agensi kerajaan dan usahawan –usahawan tempatan yang mempamirkan produk-produk mereka. Di majlis ini juga anak saya Abdul Alif mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai pemilih di kaunter UMNO bahagian Kota Belud.
Antara gerai yang kami tinjau ialah Gerai Mardi. Selain daripada mempamirkan produk Mardi, agensi ini juga menjual buku-buku manual. Kami sempat membeli dua buah buku iaitu ‘Teknologi Penternakan Ayam Kampung Pedaging’ dan ‘Teknologi Pengeluaran Kambing Pedaging di Malaysia’.
Buku-buku ini amat baik. Isi kandungannya dilengkapi dengan maklumat untuk membantu pengusaha yang ingin menceburi bidang ternakan ayam kampung pedaging atau pengeluar kambing pedaging.
Walau bagaimanapun buku yang mengandungi 41 halaman dengan cetakan kertas licin dan dihiasi gambar-gambar dijual dengan harga RM 27.50 sebuah. Harga yang telah ditetapkan ini agak mahal bagi orang kampung yang ingin memperolehinya. Saya cadangkan buku-buku seperti ini kalau pun tidak diberi secara percuma, tetapi harganya biarlah dikurangkan ke tahap yang lebih berpatutan agar orang kampung juga dapat memilikinya.

SUDUT SETEMU-TEMU 31 JULAI 2010



Assalamualaikum warahmatulahi wabarakhatu.
Seminggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Seperti biasa muslimin dan muslimat akan berpuasa menahan lapar dan dahaga disiang hari, berjemaah solat trawih , beribadat dan bersedekah kepada fakir miskin.
Kadang-kadang bulan Ranadhan ini juga dikenali sebagai bulan bazaar makanan. Usahawan-usahawan makanan bermusim akan tumbuh bagaikan cendawan dengan mendirikan permis-permis sementara, semata-mata untuk tujuan menjual lauk-pauk dan kuih muih sebagai hidangan berbuka puasa. Tidak hairanlah jika di bazaar-bazaar Ramadhan ini terdapat lauk-pauk dan kuih muih yang enak dan lazat serta jarang-jarang disediakan oleh restoran-restoran.
Alangkah baiknya jika usahawan-usahawan makanan bermusim ini dapat meneruskan usaha mereka ini sepanjang tahun.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

SUDUT SETEMU-TEMU 30 JULAI 2010



‘ Gontor ‘ adalah satu program yang menghimpunkan belia dan beliawanis dalam satu gerakan kerja-kerja sukarela . Kumpulan ini membantu masyarakat di dalam kerja-kerja sosial seperti gotong royong, bencana alam, dan majlis-majlis yang memerlukan tenaga sukarelawan.
Program ‘ Gontor ’ ini biasanya dilaksanakan oleh belia dan beliawanis yang terlibat di dalam Skuad P 169 di bawah naungan YB Dato’ Ahli Parlimen. Kebiasaannya mereka akan bergerak dalam satu kumpulan. Identiti warna pakaian mereka adalah hitam, bermotorsikal atau kereta yang mempunyai “sound system” yang cukup kuat.
Perkataan ‘ Gontor ‘ dalam bahasa Sama/Bajau bererti mengegarkan atau mengoyang pokok supaya buahnya jatuh atau kesan bunyi tembakan atau pun kesan gempa. Pada saya program ini baik jika dilaksanakan secara tersusun dan berterusan. Disamping cara mendekati belia dan beliawanis, program ini juga dapat memupuk semangat jati diri dan patriotisme belia. Jesteru itu, pendekatan yang berhemah, bersopan santun dan berketrampilan perlu diterapkan dalam semua aspek program “ Gontor ‘ ini.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN – Produk Pertanian Baru Satu Penipuan Atau Kejahilan



Sejak kebelakangan ini banyak produk pertanian diperkenalkan oleh pihak swasta, kerajaan atau kumpulan-kumpulan tertentu. Produk-produk itu seperti buah jarak, vanilla, gaharu, ternakan cacing tanah, lintah, serai wangi , tanaman lada dan akhir-akhir ini ternakan burung layang-layang ( burung walid )
Promosinya sungguh hebat. Ada pihak yang menawarkan kursus dengan yuran RM 300.00 hingga RM 500.00 per kepala dalam sehari. Mereka juga menawarkan kontrak kepada pengusaha-pengusaha produk mereka. Pengusaha-pengusaha yang melantik mereka sebagai penasihat atau konsultan, serta membeli peralatan , bijih benih, baja daripada mereka, maka mereka akan membeli hasil tanaman pengusaha dengan harga yang berpatutan. Semua peralatan, biji benih dan juga baja yang dipromosikan ini dijual dengan harga yang tinggi.
Ramai petani yang telah mengeluarkan simpanan mereka untuk melabur bagi mengusahakan produk pertanian baru ini. Ada yang melabur sehingga RM 100,000.00. Selepas itu, ramai pengusaha ini merunggut kerana rakan kontrak mereka tidak membeli hasil tanaman mereka dengan alasan hasil tanaman yang dikeluarkan pengusaha-pengusaha kurang bermutu dan tidak mencapai kualiti yang mereka perlukan. Ada pula yang memberi alasan kilang mereka belum siap. Soalnya sekarang, di mana silapnya perkara ini ? Adakah produk-produk pertanian baru ini memang tidak berpotensi untuk diusahakan atau promosi-promosi ini sengaja mengambil kesempatan di atas kejahilan pengusaha-pengusaha ? Kita turut simpati mendengar rintihan pengusaha-pengusaha yang mengalami kerugian besar semata-mata ingin menjadi usahawan tani yang berjaya.

2010-07-29

SUDUT SETEMU-TEMU 29 Julai 2010.



PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Kesuburan tanah Kota Belud telah menjadi asset terpenting kepada usahawan tani menceburi sector pertanian. Padi merupakan tanaman yang terpenting di Kota Belud selain daripada getah dan buah-buahan tanah tinggi. Kota Belud merupakan pengeluar padi utama di negeri Sabah.
Penghujung minggu yang lalu saya sempat berbual-bual dengan seorang petani ( penanam padi ) di pasar malam ketika berbaris menunggu giliran membeli mertabak jawa. Beliau juga pengemar mertabak jawa . Saya bertanya pada beliau ;
Penulis – Sudah habis mengetam ( menuai ) ?
Petani – Padi saya kurang jadi, diserang penyakit merah. Saya dapat tiga tangki sahaja ( tangki jentuai )
Penulis – Berapa ekar ?
Petani – Tiga ekar.
Penulis – Sekurang-kurangnya tidak juga rugi .
Petani – Tidak rugi ? Masih ada baki di kilang.
Penulis – Tahun depan mungkin tidak lagi kerana projek jelapang padi akan siap.
Petani – Nak ! Saya sudah tua. Seluruh hidup saya tanam padi. Kalau ada orang yang senang ( kaya ) tanam padi, sayalah orangnya. Cukup makan bolehlah . Tapi kalau cari lebih, carilah usaha lain.
Perbualan kami tidak berpanjangan kerana gilirannya untuk mendapatkan mertabak jawa telah sampai. Sebelum beredar sempat lagi beliau menyambung, ‘ tanah ubi keledek lagi bagus ‘. Saya tersenyum dan mengakhiri perbualan kami dengan ucapan salam kepadanya.
Saya berfikir mengapa petani itu berkata demikian ? Bukankah para petani ( pesawah ) mendapat bantuan daripada kerajaan . Bermula dari membajak , baja , racun rumpai, menjual hasil , semua diberi subsidi. Mengapa pula masih berbaki ?Adakah hasil pesawah itu dimanipulasi oleh orang tengah ? Atau pesawah ini kurang kemahiran atau tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.
Saya merujuk perkara ini kepada salah seorang pengilang padi. Beliau menjelaskan rata-rata petani di kawasannya , berhutang . Mereka telah berhutang sebelum mereka menuai padi lagi.Hasil tuaian mereka tidak dapat membayar hutang. Hutang petani akan dibawah kehadapan. Begitulah seterusnya.
Jadi, saya terfikir bagaimana kerajaan menyelesaikan perkara ini kerana RMK 10 mensasarkan pendapatan perkapita sekeluarga RM 4000.00 sebulan ? Adakah rata-rata petani-petani ini berhutang pada kilang dan apabila tidak berupaya menjelaskan hutang mereka, adakah tanah sawah petani berhutang ini jatuh pada tangan pemiutang ? Sama-samalah kita renungkan nasib pesawah di daerah Kota Belud.

2010-07-28

SUDUT SETEMU-TEMU



MERTABAK JAWA , TERANG BULAN MENJANA JUTAWAN SENYA P

Anak bongsu saya , Nur Ain , sangat gemar makan kuih terang bulan dan mertabak Jawa.. Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan membawanya ke pasar malam Kota Belud untuk mendapatkannya.

Saya perhatikan penjual-penjual kuih terang bulan dan mertabak itu adalah belia-belia pendatang kaum Jawa. Para pengunjung pasar malam itu berbaris untuk mendapatkan kuih-kuih tersebut. Ada lebih kurang 5 buah meja yang menjual kuih-kuih tersebut. Saya menganggarkan pendapatan mereka antara RM200.00 hingga RM 300.00 semalam bagi setiap meja. Ini bererti pendapatan mereka sebulan dianggarkan RM 6000.00 sehingga RM 9000.00 .

Selain daripada menjual kuih terang bulang dan mertabak , penjual pecal, gado-gado, sate, sayap dan ikan bakar, goreng pisang dan sayur-sayuran juga dimonopoli oleh kaum Bugis dan Jawa.

Persoalannya bagaimana dengan belia dan beliawanis tempatan kita ? Adakah mereka kurang kemahiran atau telah berhijrah ke luar, ke tempat lain sehingga peluang yang disediakan oleh kerajaan dinikmati oleh orang lain ?

SUDUT SETEMU-TEMU




2. KOTA BELUD LOMBONG EMAS

Tanah Kota Belud yang subur ditambah dengan keramahan penduduknya telah menarik perhatian pendatang asing ke daerah ini untuk mencari rezeki. Kebanyakan pendatang ini terdiri daripada kaum Bugis , Filipina , Pakistan dan India yang masing-masing menceburi bidang tersendiri iaitu Bugis bertani dan berniaga kecil-kecilan, Filipina sebagai buruh binaan , Pakistan perniagaan tekstail dan India pula mengusahakan restoran.

Saya sangat tertarik dengan pendatang kaum Bugis . Mereka ini menyewa tanah (biasanya tanah terbiar) daripada penduduk tempatan dengan kadar sewa sebanyak RM 50.00 seekar dalam tempoh satu musim. Mereka menanam tembikai, ubi keledek, jagung manis atau sayur-sayuran. Kebiasaannya sebuah keluarga akan menyewa seluas 3 ekar atau lebih .

Menurut seorang kenalan ( Bugis ) seeker tembikai jika dijaga dengan baik dan kurang hujan boleh mengeluarkan hasil RM 7000.00 hingg RM 9000.00 ( 2 bulan semusim ) kalau tidak bertembung dengan musim buah-buahan. Ubi keledek yang subur, cukup penjagaan serta baja yang baik boleh mengeluarkan hasil antar RM 4000.00 hingga RM 5000.00 semusim ( 4 bulan ) Hasil dari jualan sayur-sayuran adalah untuk perbelanjaan harian mereka.

Kesimpulannya sebuah keluarga Bugis yang rajin memperolehi pendapatan diantara RM 12000.00 hingga RM 21000.00 semusim. Mereka juga mempunyai rangkaian pemasaran yang sungguh baik. Mereka memasarkan hasilan mereka keseluruh Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan , Tawau, ) Labuan malahan juga sampai juga ke Negara Brunai . Apabila tiba musim menuai hasil, pemborong-pemborong akan datang bersama lori ‘memajak’ tembikai, ubi keledek atau jagung manis mereka. Pendek kata mereka ini tiada masalah pemasaran.

SUDUT SETEMU-TEMU 28 Julai 2010.




1. KOTA BELUD PEKAN SEJARAH

Kota Belud merupakan pekan sejarah. Kota bermakna kubu dan belud bererti bukit ( Sama/Bajau ). Secara kesimpulannya Kota Belud bermakna Bukit Pertahanan. Kesan-kesan sejarah masih boleh dilihat di atas bukit yang membahagikan pekan Kota Belud dan Tamu Kota Belud.

Kini, Bukit Pertahanan ini telah dibangunkan sebagai taman yang dikenali sebagai Taman Tun Said. Taman ini mempunyai restoran , rumah rehat, pejabat pentadbiran daerah, pejabat kesihatan, pejabat info pelancongan dan perpustakaan daerah bakal didirikan di situ.

Bukit pertahanan ini wajar dibangunkan bersungguh-sungguh. Alangkah cantiknya jika ada perkhidmatan kereta kebel yang merentas bukit ini hingga ke tamu Kota Belud. Bina tugu peringatan di atas bukit itu. Selain itu juga dilengkapi dengan tempat melihat panorama Kota Belud yang indah permai. Jadi, pengunjung atau pelancong luar yang datang tidak perlu menaiki “pick up’ untuk ke tamu Kota Belud.

2010-07-27



SISTEM PENYAMPAIAN
Sistem penyampaian adalah faktor yang penting dalam proses transformasi kerajaan. Banyak program-program transformasi yang sepatutnya difahami tidak sampai kepada rakyat. Perkara ini disebabkan kejahilan agen-agen yang dilantik tidak dapat mengikuti aras perubahan atau menentang perubahan.
Dalam slogan 1 Malaysia ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ , pemilihan atau perlantikan agen-agen kerajaan haruslah berdasarkan merit. Pilih mereka yang layak sahaja. Dengan agen yang berkebolehan dan memahami dasar-dasar kerajaan , maklumat yang tepat dapat disalurkan dengan lebih berkesan.


JUARA RAKYAT BUKAN RETORIK


Baru –baru ini saya sempat menghadiri program Juara Rakyat ,di luar daerah Kota Belud. Majlisnya sangat meriah.Pelbagai permainan,hiburan dan pameran agensi kerajaan di pamerkan .Pendek kata , setiap pengunjung berasa seronok dan puas hati.
Dalam perjalanan pulang, beberapa persoalan timbul dikepala saya
Juara Rakyat sepatutunya ialah perhimpunan rakyat tanpa mengira fahaman politik
Program .Juara Rakyat harus memfokaskan kepada keberkesanan rakyat
Mempamerkan keberhasilan dan kemenjadian rakyat.
Kehebatan sistem penyampaian .
Keberkesanan program transformasi kerajaan
Pada pandangansaya Juara Rakyat yang saya hadiri itu seolah –olah mempamerkan kehebatan pemimipin BN dan segala program berpusatkan pemimpin.
Dalam slagon 1 Malaysia “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”sepatutnya majlis tersebut mengumpulkan semua rakyat dengan mengenepikan fahaman politik.Setiap kampung mukim atau kawasan mempamerkan pencapaian masing-masing. Dalam pada itu , pada hemat saya Juara Rakyat sepatutnya dikelolahkan oleh NGO agar semua lapisan rakyat dari pelbagai idealogi dapat turut serta. Di sini adakan pameran khas tentang projek-projek pembangunan kerajaan yang telah , sedang dan akan dilaksanakan. Dengan berbuat demikian rakyat akan dapat menambah keyakinan pada dasar-dasar transformasi kerajaan. Dengan demikian transformasi kerajaan bukan lagi satu retorik tapi usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memajukan rakyat dan negera.

2010-07-26

SUDUT SETEMU-TEMU



Saya dilahirkan pada 13 Julai 1952 berdasarkan rekod surat sumpah di kampung Taun Gusi Kota Belud. Keluarga saya adalah petani. Tahun 1960 saya mula bersekolah di SRK Taun Gusi yang ketika itu beratap zing, berlantaikan tanah . Kerusi dan meja kayu yang panjang disediakan. Ruangan dindingnya hanya ditutup separuh sahaja untuk membolehkan angin masuk ke dalam bilik darjah .
Saya tamat darjah enam pada tahun 1964 dan bapa saya menghantar saya untuk belajar di Government Junior Secondary School Kota Belud ( GJSS, KB ) . Saya di tempatkan untuk belajar di Bridge Class I . Setiap hari untuk datang ke sekolah saya terpaksa berjalan kaki selama lebih kurang dua jam untuk sejauh lima kilometer dan merentas tiga batang sungai. ( Sungai Pak SadongTampasuk) Walaupun ada jambatan gantung disediakan , namun sering kali jambatan ini putus akibat banjir.Jika keadaan ini berlaku , saya terpaksa merentas sungai.
Saya bertolak daripada rumah seawal jam 6 pagi. Ketika itu tiada sebuah jam pun di rumah saya . Untuk merujuk jam 6 pagi saya terpaksa mendengar bunyi pukulan loceng dari pekan Kota Belud yang boleh kedengaran sehingga 10 kilometer. Setelah tamat form three di GJSS, KB saya tidak menduduki peperiksaan LCE kerana ingin menjadi guru sandaran.
Saya memulakan tugas sebagai seorang guru pada 1 Jun 1969 di Govement Primary School Kota Belud sebagai guru sementara. Guru Besar di sekolah itu pada masa tersebut ialah Cikgu Linggam yang berasal juga dari pekan Kota Belud. Pada tahun 1971 – 1972 saya menjalani latihan perguruan di Maktab Kent Tuaran. Elaun yang diberi ketika itu hanya RM 30.00 sebulan. Pengetua maktab ketika itu Cikgu Bungsu , seorang yang tubuh badannya kecil tetapi cukup tegas.
Semasa menjalani latihan di maktab saya mengambil peperiksaan LCE dan seterusnya SPM secara persendirian. Syukur alhamdullilah saya lulus memperolehi sijil perguruan disamping lulus peperiksaan LCE dan SPM. Untuk pertama kalinya sebagai guru terlatih saya dihantar bertugas ke SRK Tuguson pada tahun 1973. Guru Besar saya ialah Cikgu Damin Terimo . Beliau seorang yang baik hati . Selain mengajar beliau juga seorang peniaga sambilan di kampung yang mengambil upah mengisar padi.
Kerja sebagai seorang pendidik telah membawa saya kebeberapa buah sekolah rendah dan menengah . Berikut adalah senarai sekolah yang pernah menjadi tempat saya bertugas.

Tahun Nama Sekolah. Jawatan

1974 SRK Nanamun, Kota Belud Guru biasa
1975 SRK Kesapang, Kota Belud Guru biasa
1978 SMK Taun Gusi Kota Belud Guru biasa
1979 Berkursus di MPIK Cheras , Kuala Lumpur Kursus APD
1982 SMK Labuan, Wilayah Persekutuan Guru biasa
1986 SMK Abdul Rahim Kudat Guru biasa
1988 SK Kesapang Kota Belud Guru Besar
1998 Pejabat Pendidikan Daerah Penyelia
2000 Pejabat Pendidikan Bahagian PBU Penyelia Kokum PBU
2002 SK Tamu Darat Kota Belud Guru Besar
2003 SK Taun Gusi Kota Belud Guru Besar
2009 SK Timbang Dayang Kota Belud Guru Besar
Julai 2010 Bersara Wajib

Selama lebih 41 tahun berkhidmat sebagai pendidik, saya pernah menjawat beberapa jawatan seperti Ketua Guru Disiplin dan Ketua Waden ( sekolah menengah ). Saya juga pernah menjadi YDP Majlis Guru Besar Daerah ( 1995 – 1998 ) dan juga merupakan Esco Tertinggi Majlis Guru Besar Negeri Sabah ( 1996 – 1998 ) . Dalam hubungan kemasyarakatan , saya juga bergiat dalam pertubuhan persatuan suku kaum. Semenjak tahun 2005 hingga kini saya adalah setiausaha agong Persatuan Sama Sabah ( PSS )

Sesungguhnya pengalaman pahit dan manis sepanjang saya bertugas akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai pendidik. Kini, pendidikan telah banyak melalui perubahan sejajar dengan perkembangan teknologi. Jika dulu murid hanya kenal pencil dan buku kini era teknologi maklumat mengubah keadaan. Pendidik hari ini perlu menambah ilmu agar tidak dipandang rendah kebolehannya oleh anak didiknya sendiri


TRANSFORMASI EKONOMI KOTA BELUD 25.07.2010

Semasa berbual mesra dengan beberapa orang rakan pengerusi JKKK di satu majlis perkhawinan baru-baru ini, kami membicarakan masalah petani , subsidi, cuaca, pendidikan anak-anak, jelapang padi, agropolitan dan pelbagai macam topik lagi yang masih berkisar soal petani.
Seorang daripada pengerusi JKKK tersebut mengutarakan soalan; adakah masyarakat tani di kampung kita telah bersedia untuk memenuhi cabaran Modal Baru Ekonomi ( MBE ) ? Menjelang 2015 ( RMK 10 ) sebuah keluarga memperolehi pendapatan perkapita RM 4000.00 sebulan ? Secara selamba salah seorang dari pengerusi JKKK yang lain pula menjawab ; kerajaan kita banyak perancangan, lihat sistem air paip telah diperbaiki dan menjelang tahun hadapan kampung kita akan mendapat air paip yang bersih. Saya yakin matlamat kerajaan akan tercapai. Mencelah pula seorang lagi rakan ; buat apa susah-susah, tunggu sahaja tahun 2015, semua keluarga akan dapat RM4000.00 sebulan.
Berdasarkan isi perbualan di atas, ternyata sistem penyampaian tentang dasar-dasar kerajaan belum lagibegitu berkesan. Rakyat masih memerlukan penerangan yang lebih tentang transformasi kerajaan terutama sekali tentang NKRA, KPI, MBE , RMK 10 dan banyak lagi perkara-perkara seumpamanya yang melibatkan rakyat di peringkat akar umbi. Saya setuju dengan saranan PM baru-baru ini yang menyeru agar dalam semua program Juara Rakyat masalah yang ada hubungkait dengan kehidupan seharian rakyat diberi perhatian khusus.
Semasa perhimpunan itu juga setiap kampung atau mukim perlu membuat pamiran tentang pelan strategik , hasilan produk kampung, gambar-gambar pembangunan sumbangan kerajaan dan juga keperluan-keperluan rakyat yang perlu diberi keutamaan. Selain itu graf purata yang menunjukkan jumlah pendapat petani perlu disediakan agar dapat diambil tindakan segera.


SUDUT SETEMU-TEMU

SETEMU SERATI DEMBUA KITI

Setelah menghantar isteri dan anak-anak ke sekolah , selepas menghantar kereta untuk dicuci saya singgah sebentar di Restoran Pesona di pekan Kota Belud. Kebetulan saya bertemu dengan seorang rakan ketua cawangan UMNOI. Kami minum sambil berbual-bual.
Tiba-tiba ketua cawangan tersebut mengajukkan soalan kepada saya , pilihanraya ke 13 sudah mula diperkatakan orang, agak-agak siapa calon BN di kawasan kita ? Saya tersenyum dan berkata, saya bukan ahli politik, yang lebih tahu adalah saudara kerana status saudara sebagai ketua cawangan. Bagi saya sebagai seorang rakyat biasa, saya berpendapat PRU ke 13 ini BN harus memilih calon yang 100% boleh menang bukan sekadar calon boleh menang sahaja.
Apa maksud cikgu ? Di kota Belud ini ramai calon BN boleh menang tetapi tidak ramai yang 100% boleh menang. Pengerusi cawangan itu tidak puahati dengan penerangan saya . Dia terus menyoal saya , siapa calon yang 100% itu boleh menang ? Jawapan saya sungguh mudah. Calon itu mestilah calon yang disukai rakyat, boleh membantu rakyat tidak kira siang atau malam, bukan calon ‘ hinggap , makan, terbang ‘, tidak cerewet, boleh dihubungi bila-bila masa, menjawab panggilan telefon dan pesanan SMS, tidak memilih-milih rakyat sebagai kawan, bermastautin di kawasan pilihanrayanya.
Sambil bangkit dari tempat duduknya, ketua cawangan itu berkata ,”pui ! semua gagal.” Beliau menghabiskan kopinya dan terus berkata , ‘ cikgu bayar ‘ , lalu pergi. Saya terpinggah tinggal sendirian.

SUDUT PANDANG,24 Julai 2010.



SUDUT PANDANG ( 1 )


Kelmarin , 23. 07. 2010 , saya dan rakan berbual mesra di Marina Sutera Kota Kinabalu . Kami berbincang tentang Persatuan Suku Kaum, Modal Baru Ekonomi (MBE) dan sambil menyentuh politik khususnya di Kota Belud.
Seorang rakan menyentuh tetang keunikan orang Kota Belud berpolitik . Perkara kecil-kecil pun perlu jumpa wakil rakyat.Tak cukup berjumpa di kawasan pejabat pilihanraya, mereka menyusul ke rumah wakil rakyat. Bagaimana kalau wakil rakyat tidak bermastautin di kawasan pilihanrayanya ? Tidak cukupkah dengan memberi mereka kemudahan asas pembangunan ?
Pelbagai pendapat yang dilontarkan. Ada yang berpendapat wakil rakyat mesti tinggal di kawasannya. Seandainya rakyat yang datang bertandang tidak berkesempatan bertemu wakil rakyat maka isteri wakil rakyat boleh bertindak sebagai “orang perantaraan’ menyampaikan maksud rakyat. Ada pula berpendapat yang penting sumbangan wakil rakyat. Apa guna bertemu tiap-tiap hari kalau wakil rakyat tidak dapat member sumbangan kepada rakyat ?
Isu-isu seperti ini tiada penghujungnya sama seperti orang mempertikaikan “mana yang lebih dahulu , ayam atau telur “?


SUDUT PANDANG ( 2 )
Restoran Transit adalah tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Pelangan restoran ini kebanyakan oang luar, pelancong-pelancong yang singgah untuk menghilangkan rasa letih, dahaga ataupun lapar sahaja , ibaratkan burung yang “hinggap , makan , terbang” Pelangan-pelangan ini kebanyakannya tidak pun mengenal pemilik restoran tersebut apatah lagi penduduk setempat.
Di Kota Belud khususnya terdapat beberapa restoran transit yang terkenal seperti Restoran Transit Pengkalan Abai, Restoran Transit Jawi-Jawi , Restoran Transit Keguraan, dan banyak lagi restoran transit seumpamanya. Perniagaan seperti ini banyak cabarannya. Selain dari perniagaan bermusim ( bergantung kepada pelancong dan orang luar ) pelbagai pasarana yang kondusif perlu disediakan seperti tempat letak kereta, bilik air , surau dan juga tempat penginapan yang memerlukan kos yang tinggi.
Jesteru itu, fenomena transit ini telah menular kepada cara berfikir dan pembangunan sosioekonomi masyarakat Kota Belud.


SUDUT PANDANG ( 3 )

Ketua Kampung ( KK ) vs Pengerusi JKKK.

Saya telah dihubungi oleh seorang rakan pengerusi JKKK. Beliau meluahkan rasa terkilannya kerana kk tidak menunjukkan kerjasama dalam melaksanakan program gotong royong membersihkan parit kawasan perumahan.
Saya bertanya apakah peranan kk dalam aliran kerja JKKK ? Rakan tersebut menjelaskan bahawa kk adalah AJK JKKK dan beliau mengetuai biro kebudayaan kerana kk mahir dan pakar dalam adat istiadat kampung.
Saya berfikir adakah aliran kerja ini betul ? Adakah carta aliran kerja JKKK diselaraskan atau adakah setiap JKKK mempunyai aliran kerja mengikut kesesuaian kampung masing – masing ? Wajarkah kk diberi peranan sebagai AJK sahaja ? Mengapa peranan kk tidak bertindak sebagai penasihat ?
Sebagai agen perubahan dan orang penting, kk sewajarnya berada di hadapan dalam melaksanakan transformasi perubahan . Apa terjadi kepada sistem penyampaian Kota Belud ?
Perkara ini perlu diperbetulkan agar sistem penyampaian di peringkat akar umbi dapat berfungsi dengan tepat.

2010-07-21

BARANG TEMPATAN LEBIH BERKUALITI






Belilah Barangan Tempatan merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula seruan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan masyarakat tempatan dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan setaraf dengan piawaian kebangsaan dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Untuk tujuan seruan ini, barangan buatan tempatan diklasifikasikan sebagai "semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam daerah ini". Konsep ini digunapakai kerana ekonomi sesebuah daerah akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalam sesebuah tempat. Selain itu memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Sehubungan dengan ini juga dapat memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.
Matlamat atau tujuan membeli barang buatan tempatan adalah untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan setempat. Selain itu ianya juga dapat menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan tempatan yang berkualiti berbanding barangan luar yang kualitinya belum diuji.
Rasionalnya kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan barangan luar .Dengan memilih barangan tempatan, pengguna bertindak bijak kerana memilih barangan berkualiti dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Dalam pada itu juga dapat membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.

Pengguna perlu terlebih dulu mengubah sikap dan tanggapan terhadap barangan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih ramai rakyat yang lebih cenderung untuk membeli barangan import. Jika sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan ini akan terbantut.
Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong industri tempatan malah membantu melestarikan ekonomi negara. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya mengurangkan pengaliran wang keluar. Membeli dan menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.
Akhir sekali, peranan dan pengaruh semua pihak berkepentingan perlu melipatgandakan usaha untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat untuk turut serta menyokong seruan membeli barangan tempatan.

2010-07-20

Sudut Pandang


Politik Kota Belud hendaklah ditakbirurus berdasarkan nilai dan citarasa orang kota Belud, bukan memperkenalkan nilai dan citarasa import "Hingga Makan Terbang" yang boleh menyentuh atau merosakkan nilai dan citarasa yang sedia ada.

Nilai dan citarasa orang kota belud yang menjadi pegangan dan kekuatan mereka selama ini adalah "SETEMU SERATI DEMBUA KITI" (bertemu,Berkenalan, Bersatu)

Nilai dan citarasa ini diterima dan disokong oleh slogan "MANGAN NIA MANGAN, ASAL JO KURUNG-KURUNG"
(makan tidak makan, asal kita bersama)

Kewujudan nilai dan citarasa ini diterjemahan oleh masyarakat kota belud dalam kehidupan mereka yang boleh dilihat dan ditelandani seperti "SEMIO AHAD" (TAMU MINGGU) yang menjadi warisan, lambang kekuatan dan perpaduan seluruh masyarakat kota Belud.

23/07/2010..

Berburu di padang datar
Mendapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun di atas bermaksud kerja-kerja yang alang-alang atau janji-janji yang tidak bersungguh-sungguh sehingga membantutkan pencapaian matlamat.

Niat di hati memeluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai.

Kehendak atau cita-cita besar tanpa menganalisis persekitaran seperti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang.

Sesungguhnya pengajaran dari pantun-pantun di atas menyedarkan kita untuk mencapai sesuatu , perlu persediaan yang lengkap, teliti , tanpa cacat perlu diambil kira. Pelaksanaan yang teratur dan bersungguh memudahkan bagi pencapaian matlamat.

Merancang tanpa tindakan adalah angan-angan
Bertindak sebelum merancang kerja yang sia-sia
Merancang dan bertindak boleh merubah dunia.

“ Manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukannya”.

2010-07-19

Metos

Kota Belud mempunyai pengamal-pengamal perubatan tradisional. antaranya
- Tabib/dukun
- Bomoh
- Pawang

Tabib/Dukun
- boleh berkomunikasi dengan "makhluk halus"
- Mengubati penyakit disebabkan iblis,jembalang,"Meroon" atau "buatan orang"
- antara teknik rawatannya adalah:-
a) Menjampi
b) Menenung
c) Nelus
d) ngalai

Bomoh
-Boleh berkomunikasi dengan "makhluk halus"
-Menggunakan "sahabat halus"/gambaran" untuk melaksanakan khidmatnya
-Pugai, digunakan untuk mewujudkan cinta atau benci (biasanya tidak kekal)
-Mengeratkan hubungan kasih sayang (guna-guna) suamu isteri
-Mengenakan orang (supaya sakit)

Antara teknik digunakan ialah
-Bahan-bahan ramuan
-Tiupan buluh perindu/Seruling
-Mengelulut
-Tikam Dalam

Pawang
-Boleh berkomunikasi dengan "makluk halus"
-Boleh merawat kerasukan
-Memindahkan orang halus dari satu tempat ke satu tempat yang lain
-Menghalau keluar penunggu dari tempat kediaman
-Memukau manusia atau binatang
-Meramal menang/kalah perjudian
-Mencari barang-barang hilang
-Menawar kecantikan
-Memulihkan/Kehilangan tenaga batin

Antara teknik rawatan
-Jampi/mentera
-ngakel
-Mandi sungai atau telaga
-Menawar air untuk diminum

Kepercayaan ini masih lagi diamal hingga sekarang, selain daripada tabib/tabit/ dukun / bomoh dan pawang

ada lagi metos lain seperti
-mangat/Balan-balan (manusia jadian)
-Hantu bangkit/jajal (orang mati keluar dari kubur)
-Kokok (hantu kecil yang mengesat)